Sinopsis Mari Mar, Telenovela di Tv3

Mari Mar telenovela akan datang ke tv3, sebuah remake dari telenovela popular Latin tahun 90-an yang dibintangi Thalia. Ini yang versi Filipina pulak. Mari Mar akan mula tayang pada 9 Feb 2011,3 ptg, Isnin – Khamis kalau tak silap saya. Peminat peminat telenovela..melekat depan tv le nanti hehe!! Barisan pelakon dalam Mari Mar ialah Marian Rivera sebagai Mari Mar Perez/Bella Aldama dan hero
Dingdong Dantes sebagai Sergio Santibanez. Marian Rivera bintang Filipina yang seksi meksi ni berumur 27 tahun, seorang pelakon, penyanyi dan penari.

Ni sinopsis Mari Mar dalam Bm yang saya translate kan..


Lupita berkahwin dengan Gustavo dan melahirkan anak perempuan, tapi mak mertua si Lupita ni tak suka kat dia, jadi mak mertua dia ni punupah le seorang lelaki untuk jadi “kekasih ” Lupita sebab nak putuskan hubungan dengan Gustavo. Rancangan mak mertua dia berjaya apabila Gustavo percaya bini dia ni curang. Lalu Lupito dan anak perempuannya dihalau keluar.

Akhirnya Gustavo sedar ibunya yang merancang semua tu, tapi keadaan dah terlambat apabila Lupita dan anak mereka “Marimar” tak dapat dijejaki. Ok dah tau Marimar nama anak perempua Lupita ni le jadi tajuk telenovela ni…ahak!!
gustavo ni pun merajok le sebab ibunya dah tipu dia, lalu dia pun pergi membawa hati yang lara dan kecewa selama tujuh tahun…gedebuk..gedebak..dah tujuh tahu..mak Gustavo pun meninggal le..dia wariskan harta yang banyak…apa lagi Gustavo pun kaya le..heheh!!  Tup tup Gustavo terjumpa pulak kawan dia bernama Silva yang memberitahu hal Lupita dan Marimar, Gustavo pun berjaya le bertemu semula isteri dan anaknye.  Lupita pun dah maafkan Gustavo.  Insiden tak diingini berlaku, Lupita telah terlibat dalam kemalangan kapal terbang, pesawat jatuh ke laut, Lupita meninggal, manakala Marimar pulak hilang.

Marimar ni akhirnya dijumpai oleh Cruz dan Pancho, ketika dia terdampar di sebuah pulau, Marimar ni pulak hilang ingatan akibat kemalangan, dia tak ingat apa dah jadi kat dia.  Marimar dibesarkan oleh Cruz dan Panco dia bertukar menjadi perempuan yang cantik jelita dan naif, seksi ..hehehe!!  main kat pulau kan seksi le.
Marimar ni pulak berkahwin le dengan Sergio dan dia tinggal dengan mak muda ayah Sergio, Mak muda ni namanya Angelika yang jahat suka seksa Marimar…pulak dahhh!! Sergio hilang entah ke mana, dan Sergio tak tau Marimar ni mengandung…adui panjang berjela haih cerita heheh!!

Marimar pun lari le dari Angelika sebab mak muda tu nak bunuh dia. Marimar bekerja sebagai pelayan  satu tempat ni,  dia tak tau tempat tu kepunyaan bapa kandungnya yang terpisah masa kemalangan dulu..last last bapa dia tau jugak le Marimar ni anak dia. Lepas tu Gustavo pun meninggal, dia telah serahkan harta kepada Marimar. Marimar telah bertukar nama kepada Bella Aldama.
adakah Sergio dapat mencari Marimar dan anak mereka….jeng jeng…penat dah nak tulis heheh!! tengok je la nanti telenovela yang penuh cinta romantik  ni…:)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Sinopsis Mari Mar, Telenovela di Tv3”

  1. mcm best ja telenovela ni..
    tp konfirm x dpt tgk..
    huhuh…\

    • NISA says:

      sedapnye cite nie kegemaran nie dah lah marimar tu cantek geramnye………………………………………….

  2. mcm menggoda ja cita ni.. heheh..

  3. TanpaNama says:

    Owhhh versi Thalia tu nak tgk kt mane eh…mesti lg best..hihi

    Baca mcm best tp cerita berjela-jela selalu lama2 mengarut. huh!penat je tgk, ending mst hero + heroin bertemu semula dan bahagia. heee~

  4. iffasweet94 says:

    @nurizspace pelakon MariMar tu nama dia MARIAN RIVERA :) bukan Ravira :) and crita ni best taaaaaau :) sya dah tgk last year :)

  5. Indah says:

    xsyok la tak dapattengok..
    sukeeeeeeeee sgt kat pelakon tu.
    kalau boleh minta TV3 tukar waktu siaran.
    jam 3.00 petang tu sure owg keje tak dapat tengok..
    please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  6. ziela says:

    memang best giler cite marimar,saya suka sangat..sape2 yg xsempat tgk,bukalah mytv3 online..jatuh cinta kat marimar ngan sergio..

    • azie says:

      hai ziela, sy dh pegi kt mytv3 online. tp x jumpe la citer tu..camner aarr? blh tolong…sy pun peminat no 1 citer tu…klu ade cd marimar tu lg bagus…

  7. lordlee says:

    mengarut lg cite indon………….kr ok la cite ni.

  8. jijah says:

    lama sgt nk tgu siri kat tv3 habis,melilau dah cari cd marimar nihh kat kedai..tp xdo hah…ada sape2 yang tau kat mane boleh beli….?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold