Sinopsis Asmara 2 Lestary Tv3

Asmara 2 bakal menemui penonton dan peminat pada 8hb Mac ni dengar dengar khabarnya. Terasa kembali bahang ‘asmara’ antara Asmara dan Zaliya lakonan pelakon hangat Shahz Jazle dan Faezah Elai…heheh!! Mesti tak sabar menanti kan. Nuriz pasti ramai yang terkesan dan terkenang kenang Asmara1, dan merindui lakonan Shahz Jazle..hero pujaan ramai. Ok! meh skodeng sinopsis Asmara 2

 

Sinopsis Asmara 2:

Dalam Asmara 1, Zaliya yang dikatakan meninggal sebenarnya koma. Bapa Zaliya dah menipu Asmara mengatakan Zaliya meninggal. Rahsia tu cuma Sahlan, Rohayu, Tria dan orang gaji saja yang tau. Asmara pulak yang sedih dengan kematian Zaliya kini murung sedih dan menyimpan dendam terhadap Sahlan kerana menganggap mertuanya,  punca perpisahan dia dan Zaliya. Lagi satu Asmara kesal sebab tak sempat nak menatap wajah Zaliya buat kali terakhir sebelum pengebumian Zaliya.

Asmara cuba tabahkan hati dan cuba berubah demi kasih sayang kepada Adam. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Asmara 2, Asmara yang sedang murung

Zaliya yang sedang koma

p/s :   Dengar dengar Maria Farida dah putus dengan Shahz Jazle..apa cer….? kes Azura 2011 ke. Nak tengok keintiman Shahz Jazle dan Neelofa dalam Azura 2011?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sinopsis Asmara 2 Lestary Tv3”

  1. akhirnya maria farida takmo berlakon dengan shahz dah hehe

  2. caliph says:

    sy syok dgr OST dia jaa, hikk…

  3. [...] Episod Akhir Asmara Lestary TV3, Tunggu Asmara 2 Pulak December 1st, 2010 nurizspace ShareSinopsis ASMARA 2 TV3 [...]

  4. heheh angah tak layan sangat cerita nie…. kadang2 jer

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold