Ron 97 Naik 10 sen lepas Dun Tenang Menang heheh!! Tenang tenang semua

Saya tak dengar berita pun semalam, pagi baru duk selak berita, tengok tengok ada cerita harga minyak Ron 97 naik lagi 10 sen tengah malam semalam. Harga asal RM2.40 jadi RM 2.50 le. Ish ish!! naik minyak diam diam pulak tu. Elok elok je lepas Dun Tenang menang kepada BN. Bertenang bertenang semua orang kampung!!..heheh kalau tak duduk kat Tenang pun, bawak bertenang pi la..jangan naik darah udah le. Nak buat macam mana minyak nak naik kan. Terima je la, pasrah.. alasan dan jawapan yang standard yang sering kita dengar..“RON97 pd harga RM2.50 masih lagi murah berbanding dgn negara2 jiran…harga barang2 keperluan lain pun perlu disemak serta diselaraskan”

Alang alang nak naik minyak tu, kasi naik lagi seringgit terus la. Lagi pun kalau Ron97 tu harga rm 3.00  pun masih kurang berbanding dgn harga minyak di negara bla bla bla…kuang3!!

Berita dari Malaysian Insider:

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

p/s : semak semak harga minyak jangan tak semak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Ron 97 Naik 10 sen lepas Dun Tenang Menang heheh!! Tenang tenang semua”

  1. IHSAN says:

    memang selalu macam tu… lepas menang pilihanraya mesti ada harga barang naik… masa 2008 dulu harga minyak naik melampau…

  2. Rakyat Tenang! Harus Tenang! BN Menang, Rakyat Senang! Heheh..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold