Pindah Pelajar Malaysia Di Mesir Guna Kapal TLDM dan MAS

Akhirnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang tepat dengan memindahkan pelajar Malaysia yang berada di Mesir menggunakan kapal tldm dan jugak pengangkutan udara. Alumni Keluarga Pelajar pelajar Kelantan Mesir (KPKM) semalam membuat rayuan kepada kerajaan supaya membawa pulang segera kerana rusuhan di Mesir semakin runcing dan bahaya.

Kapal TLDM Bunga Mas 5 ( misi pindahkan pelajar Malaysia di Mesir)

Kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar Malaysia. Seramai 11,000 orang rakyat Malaysia akan diselamatkan, kerana keadaan politik di sana semakin runcing dan tegang. Perintah berkurung di Mesir Jumaat lalu menyukarkan pelajar untuk keluar. Bekalan elektrik dan air dah putus, makanan semakin kurang, dan urusan perbankan di Mesir dihentikan, komunikasi dengan dunia luar pun dah terhenti.

Misi Pindahkan Pelajar dengan pesawat MAS dan Air Asia hari ini

Pelajar yang ada kemampuan kewangan sudah selamat sampai di klia, tapi apa nasib pelajar kita yang tak cukup duit nak beli tiket kapal terbang. Perdana Menteri sudah mengumumkan kapal terbang Mas dan Air Asia akan buat penerbangan khas bagi membawa keluar pelajar Malaysia dari Kaherah. Misi memindahkan dengan pesawat udara itu akan bermula hari ini. Pelajar Malaysia akan ditempatkan buat sementara di Pusat Tabung Haji di Jeddah sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Pesawat Charlie C-130 jugak akan digunakan TUDM dalam misi itu untuk perpindahan pelajar secara berperingkat -peringkat ke negara jiran terdekat.

Pesawat Charli c -130 tudm mungkin digunakan dalam misi selamatkan pelajar Malaysia di Mesir

Info Jumlah Pelajar Malaysia di Mesir:

Kaherah – 6,800 orang di Universiti Ain Shams, Universiti Al Azhar dan Universiti Kaherah

Iskandariah -1657 orang, di universiti Alexandria, cawangan Universiti Al Azhar

Mansura- 1537 orang di Universiti MAnsura, cawangan universiti Al Azhar

Tanta- 935 orang di universiti Tanta

Zagazig – 600 orang

Majoriti pelajar mengambil jurusan perubatan dan pergigian serta pengajian Islam.

Nombor telefon Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, no tel: 00-202-37610013 sambungan 116 atau 00-202-37610164 atau 00-202-37607375

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA KL No tel: 019-2720649 atau 019 388 3121

Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri , no telefon; 03-888 92746 atau 03 – 88874570 atau 019-  2784 566

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Pindah Pelajar Malaysia Di Mesir Guna Kapal TLDM dan MAS”

  1. takut sungguh bila dgr student msia kena rogol. isk2

  2. saya_arief says:

    semoga semua selamat.
    amin.

  3. [...] Nasib Pelajar Malaysia di Mesir- Pindahkan Pelajar Malaysia February 1st, 2011 nurizspace ShareUPDATE : MISI PINDAHKAN PELAJAR GUNA KAPAL TUDM , MAS , AIR ASIA DAN CHARLIE C 130 [...]

  4. yas says:

    Yup…semoga semua selamat…

  5. Gerrard says:

    tindakan yang tepat, harap tiada pape yang berlaku sebalum mereka diselamatkan..amin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold