Nasib Pelajar Malaysia di Mesir- Pindahkan Pelajar Malaysia

UPDATE : MISI PINDAHKAN PELAJAR GUNA KAPAL TUDM , MAS , AIR ASIA DAN CHARLIE C 130

Kita semua sedia maklum tentang pemberontokan dan krisis politik bagi menjatuhkan Hosni Mubarak di Mesir sejak Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah yang menyebabkan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan polis, mengorbankan kira-kira  100 nyawa dan lebih 1,000 lagi cedera.  Apa nasib dan keadaan yang ditempuh oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana. Setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan mungkin jumlah ini lebih besar lagi. Setakat 12 tengah hari semalam, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Mesti keluarga dan ibu-bapa pelajar bimbang keselamatan anak mereka yang belajar di sana. Kedutaan Malaysia ketika ini melabelkan situasi di tahap kuning atau berjaga-jaga, satu tahap di bawah merah atau bahaya. Dalam situasi semakin getir itu, nasib pelajar Malaysia di Mesir jadi tanda tanya.

Pelajar Malaysia di sana memang dalam keadaan takut dan bingung, tertanya-tanya jugak apa tindakan dari kedutaan Malaysia. Situasi pelajar di sana, mereka tidak tahu hendak ke mana ketika jalan dikuasai perusuh sehingga ada yang dah perusuh ada yang dah tawan balai polis dan merampas senjata. Kedai pula diarah menghadkan bekalan makanan dan gas yang amat didambakan pelajar. Bekalan makanan dah semakin kurang dan ditambah dengan musim sejuk sekarang. Ketika ini  suhu ibukota Mesir itu dilitupi cuaca sejuk 16 darjah selsius. Itulah antara situasi dan cabaran dihadapi pelajar Malaysia di Kaherah. Turut dibimbangi  nasib pelajar wanita di kawasan lain di Sayeeda Zainab dan El-Muhandeseen di Kaherah.

Baca petikan emel dari pelajar di sana:
MUHAMMAD NAZRUL SYAZWAN KAMARUL ARIFFIN / PELAJAR UNIVERSITI KAHERAH
Kami di sini memang bingung menunggu berita daripada luar terutama berita dari pihak kedutaan kerana kami dapat tahu yang pihak kedutaan ada membuat mesyuarat semalam tapi belum ada berita lain susulan daripada mesyuarat itu jadi kami agak menunggu-nunggulah dan tertanya-tanya apakah yang akan kami lakukan sekarang ni.

MUHAMMAD FARHAN SALLEH / PELAJAR UNIVERSITI KAHERAH
Nak keluar pun tak berani sebab kalau orang luar pun semua orang jalan kat luar bawak senjata, ada kayu ada besi pisau dan kami ni setakat mampu meninjau daripada atas rumah lah tengok apa berlaku kat bawah dan memang takkan keluar dan ini tak tahulah dapat bertahan sampai bila ni, makanan pun dah takde.

Cadangan Pindahkan Pelajar Malaysia ke Negara Terdekat

Semalam Menteri Luar kata bergantung kepada keadaan jika nak memindahkan pelajar ke negara terdekat dengan Mesir seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya  bagi mengelakan risiko yang lebih buruk berlaku. Tahap keselamatan dah diklasifikasi dari tahap kuning ke oren, iaitu sudah tahap genting dan membahayakan pelajar. Memang Wisma Putra patut ambil tindakan cepat, kerana ditakuti kesan lebih buruk lagi berlaku.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan bersetuju untuk membawa keluar sementara rakyat Malaysia di Mesir ke tiga negara jiran iaitu Jordan, Arab Saudi dan Libya jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.

Kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.

Cadangan lain, kementerian luar akan ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka kerana belum pasti keadaan di sana sesuai dengan tindakan yang akan diambil.

Dapatkan maklumat komunikasi dan lain lain perkembangan pelajar di Mesir di Blog Krisis Mesir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Nasib Pelajar Malaysia di Mesir- Pindahkan Pelajar Malaysia”

  1. Daus says:

    Semoga mereka semua selamat..amin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold