Masturah Calon Pilihanraya Kampus UM Hilang

Sebelum ni Nuriz ada jugak baca pasal kes kumpulan Promahasiswa bertindak kasar  menyerbu masuk ke Kompleks Perdanasiswa. Hari Khamis lalu, kumpulan berkenaan dilarang menemui Prof Datuk Dr Rohana Yusof, iaitu Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) oleh pengawal keselamatan universiti. Maka barlaku pergaduhan dan kekecohan antara kumpulan tu dengan pengawal keselamatan. Hari ni dalam The Malaysia Insider ada pulak berita pasal calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang.

Tak sangka ye kes ni boleh jadi begitu serius lagi,tak mau spekulasi apa apa..semoga Mastura selamat ditemui kembali.

Kronologi Kehilangan Masturah Abu Bakar:

 

Masturah Abu Bakar Hilang

 

Berita Lanjut:

Seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Mastura Abu Bakar dilaporkan hilang sejak petang semalam oleh rakannya sekampusnya.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis menerima laporan pada pukul 12.20 tengah malam tadi mengenai kehilangan penuntut berusia 22 tahun itu, dan telah mengadakan operasi mencari mangsa di sekitar pangsapuri tempat ia berkempen tetapi tidak berjaya menemuinya.

Wan Abdul Bari berkata Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM.

Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan “setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Wan Abdul Bari berkata selepas enam jam mencari bersama penduduk di kawasan berkenaan, rakannya kemudian membuat laporan polis.

Masturah, yang merupakan calon pro-Mahasiwa (Pro-M) UM, akan bertanding kerusi umum pilihan raya kampus itu esok, dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dari orang yang tidak dikenali sebelum ini

berbunyi , “woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat”.

“Siasatan polis masih berjalan dan pada masa yang sama, pihaknya juga meneliti pelbagai kemungkinan dan motif kehilangan mahasiswa itu, termasuk unsure balas dendam,” kata Wan Abdul Bari.

Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang, katanya.

Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercemin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih.

Sebanyak 43 kerusi MPP UM dipertandingkan pada sesi 2010/2011 yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.

UM adalah antara lima universiti utama yang akan mengadakan pilihan raya kampusnya esok.

sumber — Bernama

UPDATE: Masturah Abu Bakar dijumpai

Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi. Mastutah yang mewakili Pro-M menang pada pemilihan kerusi MPUM semalam.

-Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Masturah Calon Pilihanraya Kampus UM Hilang”

  1. belalang says:

    mak aih…

    ngalahkan pilihanraya betoi lagi…

  2. decrewz says:

    Biar betul nih.. Ingatkan bila pilihanraya kat luar je ada risiko, kat kampus pun sama daaa..

  3. Astaghfirullah…
    terukanya laaa hai perangai mahasiswa kalo cemni… dengki sampai sanggup culik kawan ke

  4. mikeon9 says:

    nak belajar berpolitik dan berkempen pun beragak la woi. apa la. tengok macam uitm. semua mpp jadi pak turut. tunduk dan patuh.. haha..

  5. a loqman says:

    ini biasa atau luar biasa..kat luar dah jadi biasa kan..

  6. MamaYatie says:

    nampaknya calon pilihanraya kampus kena pasang bodyguard la kalo camni..

    harap2nya takde perkara buruk terjadi la

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold