Maksud Kasyaf Imani

Sedap pulak nama Kasyaf Imani, kalau sapa yang sedang cari nama nak buh nama kat anak anak yg baru lahir, nama Kashaf Imani pun sedap jugak :) . Semalam tengok drama Kasyaf Imani, lakonanĀ  Sharifah Amani, dan pelakon baru Beto Kusyairi sebagai Kashaf. Nak tau jugak maksud nama tu. Ada kawan saya dulu satu sekolah nama Kasyafullah.

Kasyaf ialah salah satu kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Contohnya Kasyaf hati dinamakan juga firasat. Apa yang saya jumpa kat internet, kashaf ni terdiri dari Kasyaf hati, akal, mata, telinga dan mulut. Kasyaf hati paling tinggi dan hanya orang tertentu saja yang dapat anugerah ni contonya wali Allah. Ada orang dapat lihat benda ghaib yang orang lain tak nampak (terbuka hijab).

Sharifah Amani dalam Kashaf imani

Maksud Imani pulak ialah kepercayaanku. Amani pulak maksud cita cita atau keinginanku. Bunyi nak sama :)

Cerita semalam Imani lakonan Sharifah Amani ni dia boleh tengok benda benda ghaib yang orang lain tak nampak. Imani suka kat seorang jiran di flat tempat dia tinggal nama Kasyaf..dia kata comel Kasyaf ni. Imani ni jadi secret admire la kat Kasyaf. Siap simpan apa barang milik Kasyaf ni dalam tin biskut. Dalam tin biskut tu ada mcm mcm barang Kasyaf, cam miyak wangi, pemetik api..hehe lawak!! Dalam pada Imani ni duk sorok pasal perasaan dia tu, Kasyaf ni tau jugak, tapi Imani ni jual mahal tak ngaku..

Suatu hari Kasyaf ni kena tikam dan koma. Imani ni boleh nampak roh Kasyaf ni duk ikut je dia sebab nak mintak tolong Imani, dia nak minta maaf kat mak dia sebab dia banyak dosa dgn mak dia. Lagi satu dia nak adik dia betaubat dan selamatkan adik dia dari jadi mangsa pengedar dadah yang tikam dia tu.

Cerita ni happy ending, sebab Kasyaf ni masih umur panjang dan sedar dari koma, jadi dia dapat la bersama Imani..so sweet. Pengajaran jangan derhaka kat ibu bapa, dan sayangilah dan berbaktilah kepada orang tua selagi hayat mereka ada, kalau dah tak ada nanti menyesal tak sudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Maksud Kasyaf Imani”

  1. wani tralala says:

    memang best cite nie…

  2. ayung says:

    cita nih best! rasa nak tengok lagi..:D

  3. hani says:

    Kasyaf ni maksudnya pengetahuan yang tersembunyi
    Imani plak kerpercayaanku.
    Memang best lakonan Beto & Amani.
    Byk pengajaran yg terselit.

  4. sedap jugak..
    bleh dipertimbangkan utk taruk nama anak sy nnt.. heheh..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold