Makan Facebook, Tidur Facebook, Ketagih Facebook

JANGAN BUAT PERKARA NI KAT FACEBOOK

Hari ni saya terbaca tajuk dalam Kosmo, Facebook senjata merbahaya. Pengguna Facebook ni ramai, apa lagi di Malaysia, pengguna bertambah tambah saban hari. Tu le kegilaan facebook. Budak darjah 1 pun tau main facebook.

Kes kes pelik dalam Facebook, bukan setakat pelik tapi bahaya. Mana taknya… pernah dengar kan kisah seorang wanita dibunuh hanya sebab dia letak alamat dalam Facebook dia sekali dengang gambar seksi dia. Penjahat senang je cari rumah dia kan. Tu kes di oversea.

Apa lagi..kes hina Sultan, kes gambar Fasha pakai bikini di facebook..ye facebook lagi!..satu denia tengokk Fasha bikini..ahakk!!

Kes Lagi/Bini main cinta dengan kekasih di Facebook.

Dasyat kan..bini orang yang jumpa kembali kekasih lama dia lepas tu jatuh cinta balik..last2 dia lari ikut kekasih dia..bahaya bahaya..Mudah je nak cari kawan lama kekasih lama ni..search nama, cari email, search sekolah dah jumpa balik…atau pun link link dengan kawan lama dah terjumpa balik…cinta berputik kembali la jawabnye..

Cikgu cikgu berfacebook dengan anak murid…ada?

Ish!! ada le mesti ada…awat takdak pulak…Anak murid tulis kat wall cikgu dia…”ala cikgu bila nak wish bezday kat saya ni?..seorang anak murid tanya cikgu dia..cikgu ni pulak baik dengan anak murid dia..cikgu pun jawab la balik kat wall tu..”nanti cikgu bagi adiah…adiah apa nak?”…wahhhh mesra cikgu kan dengan anak murid..anak murid dia umur 9 tahun..pandai main facebook..kuang kuang …kuang!! hebat zaman la ni kan..

Kes maki hamun di Facebook

Kalau rasa marah ke tak puas hati apa ke..pi le maki kat facebook, bukan artis je yang maki hamun kawan kawan sesama artis, ramai kan lagi kes maki sesama kawan kawan..pastu pakat baca ramai ramai..

Kawan tu tulis pasal si polan polan ni…bla bla..sorang lagi balas..pastu bergaduh..balas membalas..tak akan habis daaa..

Ingat dak kes Nor Azita Osman yang terlepas cakap tu, kan popular tak pasai pasai..hanya sebab biskut. Kalau dia cakap di rumah dia tak dak le sapa tau apa dia nak cakap..ni dia cakap facebook..abih le hang..popular satu Malaysia.

Kat Facebook ni ada benda buleh cakap ada benda tak boleh cakap..kalau hal suami isteri cakap dalam facebook…satu dunia kawan dia tau..pastu kawan kawan buat perli perli pulak..sapa malu? ye la kes masak gulai tak cukup garam pun nak cakap Facebook malu le bini dia..heheh!!..contoh jer.

Kes hina agama dan bangsa di Facebook

Ni lagi kes yang paling bahaya yang kerap jadi kat Malaysia, umpama api dalam sekam. Sangat banyak kes kes hina agama, hina bangsa yang dibuat oleh orang yang tak bertanggungjawab di Facebook. Buka satu page khas lepas tu maki sesuka hati mak bapak dia le nak kata pe pasal agama orang, pasal bangsa orang..lepas tu ada report polis ..page pun tutup..senyap gitu je…lepas tu nanti ada lagi kan..kes ni tak habis habis…

Kes orang menyamar di Facebook.

Ramai orang buleh buat yang ni, menyamar dengan nama seseorang lepas tu korek rahsia. Dah semua cerita kat wall, apa perasaan dia hari ni, dia makan apa hari ni, dia penat ke dia patah hati ke..lain le kalau dia suka cerita semua tu kan..musuh dia pun tau apa dia buat kan..tup tup kisah dia di jaja jaja merata rata..sapa malu?

Kes kes terpencil..kes merajuk

Kes kes terpencil lain..ada le kes merajuk..gefren merajuk dengan boifren,..ala boifren kena kacau dengan orang lain kat wall..isteri merajuk dengan laki sebab ada awek mana tak tau bagi gambar “kiss” kat wall laki dia..dah perang besar kat umah.

Kes merajuk kawan sindir kawan kat faecbook, sembang sembang kat facebook…tup tup ada kawan pi menyampuk dah tu perli perli..dah merajuk pulak..terkecik hati le katakan..

Dah nak berfacebook kan..merajuk pi la..kalau dah tulis kat wall..orang nak komen..nak buat cemana…sendiri buat sendiri tanggung…

Ada lagi ke kes kes pelik di facebook dan merbahaya…sila tambah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Makan Facebook, Tidur Facebook, Ketagih Facebook”

  1. decrewz says:

    Rasalah, FB ni banyak kebaikan ke keburukan.. Biasanya kalau kebaikan, org xkan cerita, tapi keburukan cukup banyak.. Yang terkejut, bini org lari ikut pakwe lama gara2 FB…addoooiii.. Dunia2..

  2. AYuNG says:

    teruk betulll…
    tu la dia akibat dh ketagih!

    bawak2 berubat sebelum parah..:D

  3. yas says:

    Terpulang kepada diri dan tujuan masing2…kalau nawaitu elok..elokla jadinya…kalau awal2 lagi dah konar sana konar sini…mmg negatip le.
    So…tepuk dada tanya selera…

  4. FB ada baik ada buruk, kan :)
    tapi dni jarang buka fb hehe

  5. Gerrard says:

    hehehe FB juga boleh jd tempat skodeng awek-awek cun :P
    sila jaga privasi anda hehe

  6. yg jenis mrajuk kt fb tu ngada2… hahaha…

    err.. salam maulidur rasul jugak.. tak terlambat kot rsanya.. heheh..

  7. Makan Facebook, Tidur Facebook, Ketagih Facebook | nurizspace…

    [...]Kat Facebook ni ada benda buleh cakap ada benda tak boleh cakap..kalau hal suami isteri cakap dalam facebook…satu dunia kawan dia tau..pastu kawan kawan buat perli perli pulak..sapa malu? ye la kes masak gulai tak cukup garam pun nak …[...]…

  8. Suara Kalbu says:

    Ida ada akaun Facebook tapi dah almost 1 year tak log in. Dah tawar hati dengan FB ni. Tak tahu naper. Rasa macam lagi banyak mendatangkan perkara negatif banding yang positif. Terutama pada kualiti kerja di pejabat. Menyampah tengok budak2 opis asyik duk melayan FB dari pagi sampai ke petang. Tak ada produktiviti mcm tu. Bukan nak salahkan FB tapi menyalahkan orang yang tidak tahu mengawal sikap dalam menggunakan FB tu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold