Luna Maya Pengsan di Mahkamah

Semalam Luna Maya jatuh pengsan di mahkamah lepas Ariel buah hatinya dijatuhkan hukuman 3 tahun 6 bulan penjara,. Luna Maya menangis dan sebak memakai baju T warna putih bertulis Freedom Ariel, dia dipapah turun dari tingkat 2 mahkamah Bandung.

Ariel yang ditemui selepas hukuman itu dijatuhkan tidak banyak mengulas mengenai hukuman yang diterimanya selain menegaskan dia tidak bersalah dan sedang berfikir untuk membuat rayuan.

Luna Maya temankan Ariel di mahkamah

“Ya nggak (tidak bersalah) lah, dituduh mengedarkan…ya nggaklah (tuduhan itu tidak benar),” kata Ariel.

Ariel dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Bandung di sini kerana membuat dan mengedar dua video pornografi. Dua klip video itu melibatkan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dengan Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari.

Hakim Singgih Budi Prakoso di Mahkamah Daerah Bandung menjatuhkan hukuman hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) ekoran kesalahannya itu. Klip video itu tersebar pada Jun lalu.

Di luar mahkamah peminat Ariel dan penunjuk perasaan yang mengecam Ariel mula bergaduh, tapi berjaya ditenangkan oleh polis dengan melepaskan tembakan amaran ke udara.

Peminat peminat Ariel yang kebanyakan wanita turut menangisi Ariel lepas mendapat tahu penyanyi itu kena penjara 3 tahun lebih. Begitulah betapa sayang dan setia kepada Ariel Peterporn.

Luna Maya menangis di mahkamah

Peminat Ariel yang setia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Luna Maya Pengsan di Mahkamah”

  1. belalang says:

    beruntung la ko kena penjara 3 tahun jer…
    klu hakim tu ikut cakap majoriti yg soh gantung, lagi dasat…
    hee

  2. kira kekuri says:

    masih x nak ngaku lagi ka dia ni? porahhh :DD haha

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold