Kisah Kisah Pelajar di Mesir Hadapi Saat Cemas

Alhamdulillah kerana ramai sudah pelajar Malaysia di Mesir yang  selamat pulang. Orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kalau kita di sini merasa simpati dan risau, mereka yang terpaksa melalui saat cemas dan getir di Mesir sepanjang krisis politik lagi teruk dari apa yang dibayangkan. Dapat pulang ke Malaysia menhirup udara aman damai pasti buat mereka rasa amat bersyukur sekali. Ini antara kisah kisah pelajar Malaysia ketika di Mesir..

Khairul Azhar Asaruddin, 21, jurusan perubatan Universiti Alexandria

Ketika dia bersama seorang rakan mahu meninjau keadaan sekitar pada hari kedua rusuhan berlaku.. dia menganggap keadaan di tempat rusuhan sudah pulih, namun sebaliknya berlaku apabila masih ramai perusuh berada di kawasan tersebut dan melakukan demonstrasi.

“Kami terperangkap dalam demonstrasi tersebut, malah lebih menakutkan apabila ada segelintir perusuh cuba memukul kami.

“Bagaimanapun kami bernasib baik kerana ada rakyat tempatan memberi pertolongan. Rakyat Mesir tersebut melindungi kami sehingga kami boleh keluar daripada kepungan kumpulan perusuh“.

Ramai pelajar Malaysia terkepung dalam rusuhan kerana maklumat sebenar tahap keseriusan kucar-kacir yang berlaku di Mesir tidak diketahui kerana semua perhubungan untuk mengetahui situasi semasa disekat.

“Bagaimanapun kesemua mereka bernasib baik kerana tidak ditimpa sebarang kecederaan.

“Ia juga disebabkan oleh sikap rakyat Mesir yang menghormati warga asing lebih-lebih lagi dari Malaysia,”

Azzatulfatonah Salim, 19, jurusan perubatan Universiti Al Azhar

Kejadian berbalas tembakan dan pergaduhan boleh dikatakan menjadi sajian mata setiap hari ketika Mesir bergolak.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dia terpaksa berkurung di dalam rumah selama beberapa hari bersama rakan-rakan.

Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Namun bekalan makanan tidak mencukupi dan kami perlu berjimat cermat sehingga bantuan sampai.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang bertugas di rumah Sabah yang banyak membantu dalam menjaga keselamatan kami semasa demonstrasi berlaku,”

Dayana Nali, 19, jurusan perubatan Universiti Zargaziq

Dayana hanya mampu berdoa serta menunaikan solat hajat setiap hari supaya keselamatannya dilindungi dan dijauhkan dari sebarang kecelakaan berikutan keadaan huru-hara yang berlaku di Mesir.

Setiap hari saya mendengar bunyi bising dentuman bom petrol. Ia mencetuskan perasaan takut dan menyebabkan keselamatan saya dan teman serumah tidak selamat.

“Walaupun saya tidak pernah nampak suasana sebenar tunjuk perasaan itu dan hanya mendengarnya daripada cakap-cakap orang, ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun di hati kami,”

Cerita Dayana, kejadian pecah masuk rumah oleh penunjuk perasaan dan banduan yang terlepas juga menambah lagi kebimbangan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 49 pelajar Malaysia masing-masing 46 dari Sabah dan tiga dari Sarawak tiba di KLIA pada pukul 8.40 pagi hari ini atas perbelanjaan yang dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah melalui penerbangan Qatar Airway.

sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kisah Kisah Pelajar di Mesir Hadapi Saat Cemas”

  1. muse says:

    salam…memang seram kalau kita berada di tempat2 rusuhan seperti ini lebih2 lagi jauh dari kampung halaman sendiri. Apa pun pihak kerajaan tetap memainkan peranan mereka untuk menyelamatkan para pelajar kita di sana……

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold