Hosni Mubarak Letak Jawatan, Rakyat Mesir Menang

Akhirnya pemimpin kejam Hosni Mubarak letak jawatan selepas 18 hari rakyat Mesir memberontak pada tengah malam semalam waktu Malaysia. Hosni Mubarak yang sejak 1981 kini berundur atas desakan rakyat Mesir yang inginkan keadilan. Sebelum ni Hosni Mubarak kata dia nak berundur September 2011, nampaknya tak jadi le, sebab rakyat Mesir dah tak sabar sabar nak tendang keluar Hosni. Apa tunggu lagi kalau rakyat dah tak suka.

Pengumuman letak jawatan tu disambut dengan bunga api dan tarian serta sorakkan gembira rakyat Mesir yang dah lama menanti Hosni berundur.

Video ucapan akhir perletakan jawatan presiden Hosni Mubarak

Harap harap keadaan pulih cepat dan semua pelajar Malaysia yang belajar di sana dapat pulang semula menyambung pelajaran dan yang mencari rezeki kat sana dapat kerja seperti sedia kala.Rakyat Mesir di sana pun mesti menanti nanti kan pemimpin baru Mesir yang membawa pembaharuan dan keadilan dalam pentadbiran Mesir.

Berita penuh dari Harian Metro

Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.
“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.

Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.
Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.
“Apa yang kamu tunggu lagi,” jerit seorang lelaki ke arah seorang pegawai tentera di luar istana Hosni di Kaherah. Lebih 5,000 orang menunjuk perasaan di depan istana itu yang dilindungi empat kereta kebal.

Tunjuk perasaan di depan istana itu adalah yang pertama dilakukan selepas tiga minggu tertumpu di Dataran Tahrir.
Ketika khutbah Jumaat di dataran berkenaan, penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Pergi! Pergi!’ setiap kali khatib menyebut nama Hosni.

Dalam pada itu, lebih 10,000 orang merempuh sekatan tentera di depan bangunan Radio Dan Televisyen Mesir.
Sambil memukul gendang, mereka menjerit ‘Pergi! Pergi!’ Tentera dalam kereta kebal depan bangunan itu tidak berbuat apa-apa.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pum meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Siapakah presiden baru Mesir yang menggantikan Hosni Mubarak nanti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Hosni Mubarak Letak Jawatan, Rakyat Mesir Menang”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold