Gambar Banjir Johor 2011

Nak sambut tahun baru cina ni ramai orang dari sebelah Kuala Lumpur  nak balik kampung ke sebelah timur dan Selatan tapi bencana banjir yang menimpa Johor ni telah menutup laluan yang menghubung Johor dan Negeri sembilan. Bagaimana warga kota yang nak balik dengan KTM ke Johor dan Negeri Sembilan ye.

KTM memberitahu antara perkhidmatan yang tergendala ialah  Ekspress Rakyat yang menghubungkan KL Sentral dan Singapura, dan Ekspress Sinaran Timur menyambung Kuala Lipis dan Singapura.

Banjir paling buruk sejak 2006 yang melanda  Johor,  lebih 45, 000 orang jumlah mangsa banjir dipindahkan iaitu dari Segamat, Muar, Kota Tinggi, Kluang dan Ledang ,  manakala  hampir 2,000 orang di Negeri Sembilan. Penduduk yang terjejas dengan banjir paling banyak di Segamat.

Jalan-jalan yang ditutup di Segamat ialah KM8 Jalam Muar-Segamat, Jambatan Sungai Penarah  di KM63 Jalan Muar-Segamat, KM196 Jalan Johor Baharu-Seremban (KM8, Sungai Merlimau) dan jalan menuju Felda Redong.

Di Kluang, laluan yang ditutup ialah di KM79 dan  KM81 Jalan Kluang-Mersing dan KM75 Jalan Kluang-Jemaluang.

Gambar banjir di Johor 2011

Semasa pilihanraya kecil DUN Tenang

Gemas 31hb Jan 2011

Labis, Johor

Banjir di Segamat

Jambatan Sungai Segamat 31hb Jan 2011

Segamat banjir

Segamat banjir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar Banjir Johor 2011”

  1. tenggelam kereta.. aisey… takut banjir ni sebab dni tak reti berenang huhu

  2. [...] di Labis dan Kluang Johor 2011 January 31st, 2011 nurizspace ShareGambar Banjir di Johor 2011, Jalan jalan yang [...]

  3. aritu utara..
    lani selatan plak ka..
    mudah-mudahan cepat surut..
    sian diorg..

  4. yas says:

    Boleh tahan gak banjir kat Johor ni yekk..semoga x banyak harta benda yg musnah…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold