Penyanyi Siti Sarah Raisuudin akan bernikah dengan pelawak Shuib Sepah, 25 tahun, kira kira jam 4 petang ni. Siti Sarah bertunang dengan Shuib pada 16hb Nov tahun lepas.
Jumlah hantaran tak tau, kedua kedua pihak bersetuju merahsiakan kerana menghormati permintaan dari keluarga kedua-dua belah pihak. Amanat dari bapa Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah sentiasa diiingati oleh Shuib kerana bakal bapa mertua beliau berpesan supaya tidak perlu membazir berlebihan dan asalkan syarat yang wajib untuk bernikah berjaya dilepasi.
Pasangan sejoli ini akan berpindah ke Puchong selepas berkahwin dan tempat pilihan mereka untuk berbulan madu adalah ke Pulau Perhentian kerana terpesona dengan kecantikan pulau tersebut. Pasangan ini juga tidak menolak dikurniakan cahayamata secepat mungkin dan mereka berharap dikurniakan empat orang anak kelak.
Berita dari mangga online:
Sarah dan Shuib menggunakan khidmat Zuhairy Zainal sebagai perancang dan perunding majlis pernikahannya ini dan menggayakan konsep moden peach sebagai warna tema.
Bakal menggayakan busana milik pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, Sarah juga akan di solekkan oleh jurusolek profesional, Deqsha.
Shuib bakal membawa lima dulang hantaran dan turut dibalas lima dulang daripada pihak Sarah.
Pasangan ini telahpun mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan pada November yang lalu dan sudah menjalinkan hubungan cinta semenjang tahun 2009 lagi.
Biarpun di awal perkenalan dan percintaan mereka, Sarah lebih banyak mendiamkan diri daripada bercerita tentang hubungan mereka berbanding Shuib yang lebih banyak berterus terang.
Mungkin kerana kegagalan hubungan bersama bekas tunangnya yang lalu, membuatkan Sarah berjaga-jaga dalam menjelaskan kisah cintanya kepada umum.
Apa pun itu kisah lama, yang penting kini Sarah bakal memulakan hidup barunya bersama Shuib. Selamat pengantin baru dan semoga Siti Sarah dan Shuib berbahagia hingga ke akhir hayat.
Baju nikah Siti Sarah ni direka oleh Hatta Dolmat Couture, antara pereka fesyen popular. Nuriz jumpa gambar ni di blog Hatta Dolmat Couture. Nak tengok lagi gambar baju baju pengantin boleh tengok kat blog beliau.
Biodata Siti Sarah :
Profil Siti Sarah
Nama: Siti Sarah Raisuddin Hamzah
Umur: 27 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 15 September 1984
Kerjaya: Penyanyi
Album: Kesetiaan, Mimpi Pun Sama & Tiada Dikau Tiada Makna
Pencapaian: Juara Bintang URTV (2001), Anugerah Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia 2003 (AIM2003)
February 26th, 2011
Nuriz Ibrahim 


Posted in
Tags: 

waahhh…nak kawen dah dorg nih!
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
saiful recently posted..Membina Laman Profile Twitter
amboiiii shuib…hehe, segak nooo..moga berbahagia la korang nanti..tu la sarah, kan senang, aman damai pilih lelaki melayu, tak payah omputeh..
cantik baju diorang..tapi sayang sarah tak pakai korset kan nampak bun sikit kat perutnya tue…apa pun cantikkkk
Wah, bro macam ada pengalaman sahaja. Saya pun tidak tahu korset untuk digunakan sebagai cover spare tyre selain untuk membentuk tubuh badan
akubiomed recently posted..Ais krim Malaysia vs Ais krim Koning