Gaji Minimum Kakitangan Awam Naik?

Tak habis habis pasal gaji minimum ni. Cadangan Cuepacs atas gaji minimum kakitangan awam ditetapkan antara RM850 dan RM920 disambut baik. Memang tepat la sekarang kos sara hidup dah tinggi, harga minyak dah naik, tapi agak pelik jugak kalau gaji kakitangan awam naik, harga barang pun galak nak naik. Bukan salah barang la, salah orang yang penaik harga barang tu..tau tau je kan orang dapat naik gaji, depa pun menangguk di air keruh la.

Berita penuh dari Harian Metro:

Gaji minimum perlu ditetapkan bagi kakitangan sektor awam terutama Kumpulan Sokongan 11 iaitu Gred 1 hingga 16 memandangkan gaji mereka masih di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan demi memastikan golongan berkenaan dapat hidup dalam lebih selesa seiring dengan peningkatan kos taraf hidup.

Memandangkan kali terakhir kerajaan melakukan penyelarasan gaji adalah pada 2007 dan kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum serta menyelaraskannya dengan sektor swasta.

Jika diikutkan gaji asas golongan ini berada di bawah kemiskinan iaitu RM647. Penyemakan dan penyelarasan gaji perlu dinaikkan daripada RM647 kepada sekurang-kurangnya kepada RM850 atau RM920 bagi membolehkan golongan berkenaan meneruskan kehidupan.

Dayrrl Dominic, 31, warder penjara di pusat pemulihan juvana, Sekolah Henry Gurney di Keningau, berkata walaupun gaji pokok beliau kini melebihi RM1,000 sebulan, paras itu hanya dicapai selepas 11 tahun bekerja dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Semasa beliau mula bekerja dahulu, gaji pokok beliau hanyalah RM489 dan ditambah elaun, ia berjumlah RM600.

Beliau menyokong cadangan Cuepacs baru-baru ini supaya kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Pendapat Warder Penjara Bekerja 11 tahun

“Memang ini berita gembira jika diluluskan, terutama kepada mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam. Sebelum ini ada teman-teman yang terpaksa mencari kerja sampingan seperti bertani atau mengusahakan ladang, untuk cari duit lebih,” kata Dayrrl.

Ros Barinau, 29, seorang jururawat di hospital kerajaan, turut menyokong cadangan itu kerana ianya akan dapat dinikmati oleh setiap peringkat penjawat awam.

“Bagus jugalah kalau mereka naikkan gaji minimum, (gaji) kami pun mungkin naik,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “Gaji Minimum Kakitangan Awam Naik?”

  1. akakcomey says:

    Alhamdulillah,dapat lah membantu meringankan beban.

  2. myvitrd says:

    memang wajar dinaikkan.. kalau minyak boleh naik.. kenapa gaji tak boleh nak naikkan betul tak?

  3. ayung says:

    baguzzzz sekali….

    agak2 staff kontrak akan di serapkan x?
    hehe~~(sambil menyelam, minum air) :D

  4. yas says:

    Gaji naik…barang 2 kali ganda plak naiknya…pengsan woooo….
    nak salahkan sape tu yekkk…..

  5. yas says:

    err…jap nuriz,off topic jap…

    pasal ape kat ishout gua tu, bila papabear nak anta mesej asik kene ban?? rase pelik betul laa…sbb gua tak pernah ban sesape pun…
    Nk tanya kot2 Nuriz boleh solve prob nih…

  6. siTokei says:

    huhuhu tinggi sungguh impaia semua, termasuk la aku sebagai gov services. agak2 bila laa tuuu kan…..kalu naik alhamdullilah.

  7. yang tak best bila gaji naik… ramai nak kikis gaji tu. macam sama je kalo naik pun seba harga barang naik. sobsss

  8. cemburu2 sangat ngan kerajaan abis apa jadi ngan swasta..pihak tertentu dah mohon supaya gaji min bg swasta 800 pun tak approve lg oleh kerajaan…ohh sedihhhhhhh ngan nasib swasta

  9. krole says:

    alhamdulillah kalo naik syukur sangat~

  10. papabear says:

    gaji naik ciput. at least gomen dah naik gaji. kami di swasta tak naik2 lagi huhuu…
    papabear recently posted..A Quick Way to Detect iFrame

  11. Dhia Delisha says:

    Alhamdullilah.
    Harap dengan kenaikan gaji ni dpt meringankan beban mereka.
    Jangan harga barang naik lg dah la..
    Semua naik,hujan je yang turun.

  12. cik qiqi says:

    haish…ble lak gji minimum kakitangan swasta nk dttpkn n dnaikka..huaaaaaaaaaa

  13. ctpayong says:

    assalamualaikum & selawat atas Nabi Muhammad SAW

    disokong 100% tapi nnt pi mai pi mai tang tu jugak.
    gaji ^ barang ^ = duet belanja kawen ^
    mahar@mas kawen = stabil (ikut jajahan/negeri)

    yang teruk…macam kak ct..yang takde gaji.

  14. muse says:

    bagusler kalau kerajaan naikkan gaji drg. atleast boleleh juga nak tampung kehidupan kat kl ni semua mahal.

  15. pneumedic says:

    bila ar gaji nak naik ni..kata ada pelarasan gaji 2011..ni tungakan kenaikan pun xdapt2 lagi 2011 ni..haiyaa..

  16. BUDAK DUSUN says:

    SYUKUR LA KLU GAJI NAIK..NAPA GRED 1-16 JA?BAGI GENAP LAH SAMPAI GERD 17..

  17. Saya sebagai kaki tangan setuju sgt2.

  18. kes says:

    kita sokong najib 1 Malaysia selalu kerana gaji naik untuk golongan profesional juga.tq pm kita

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold