Dira Abu Zahar dalam Perempuan

Semalam Nuriz sempat tengok drama Perempuan kat TV2 yang menang Drama TV terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010. Pengarah drama tu ialah Mohd Fahmi Sarindi. Pelakon utama ialah Dira Abu Zahar, Zoey Tan, Tony Eusoff, Syed Aiman, Rozie Rashid, Azri Iskandar, Khatijah Tan dan Zila Bakarin. Kata pengarah drama ni, Dira Abu Zahar ( yang sekarang jadi pengacara Melodi ) ialah kekuatan dalam Perempuan. Memang Nuriz pun terus jatuh minat dan suka dengan lakonan Dira ni. Pernah tengok Dira ni berlakon dalam Rona Roni Makaroni, tapi watak Dira kurang menyerlah sebab Dira tak jadi watak utama dalam tu. Dira pernah jugak berlakon dalam drama seram Tower 13 jadi gadis buta, serta drama Arjuna, pun tak begitu menonjol. Tapi bila Nuriz tengok Dira dalam Perempuan ni, wahh!! Dira memang hebat le. Betui la kata pengarah drama tu, Dira ialah kekuatan drama tu. Nasib baik TV2 tayang cerita tu sebagai ulangan.. sempat jugak tengok drama terbaik ni.

Dira Abu Zahar dalam Perempuan

Dira jadi pelacur dalam Perempuan (drama terbaik ASK 2010)

Sinopsis Perempuan:
Bagi le sikit sinopsis walaupun dah habis dah Perempuan ni, Dira pegang watak Maisarah/Kat ialah gadis yang terjebak dalam kancah pelacuran dan dadah sejak remaja. Dia dijual oleh ibu dia lakonan Rozie Rashid kepada kekasih ibu dia tu. Kemudian dia kenal dengan seorang lelaki yang jual dadah dan Maisarah ketagih dadah pulak. Maisarah hidup merempat sebab tak diterima oleh ibunya, semalam tengok Dira ni tidur kat kaki lima, terhoyong hayang, dan makan sampah, lepas tu dia kena belasah dengan pakwe dia. Nuriz kagum le Dira bawak watak Maisarah dan Kat ni. Lepas tu Maisarah pun dibawa masuk ke pusat pemulihan akhlak oleh AADK. Kat tempat tu dia pulih kembali dan mula kembali ke pangkal jalan. Maisarah ni semasa di pusat pemulihan tu dia suka menulis, jadi dia tulis kisah hidupnya ke majalah Perempuan dan kisah dia dipaparkan di Majalah tu.

Dira Abu Zahar kini semakin menyerlah dan nama dia makin popular nanti lepas jadi pengacara Melodi pulak bersama Zizan. Dira dan Zizan memang padan le rasanya, sebab otak depa dua ni gila gila.

Lagi kisah Dira, pernah Nuriz tengok Dira dan bekas suaminya dalam Sehati Berdansa, Dira kini dah jumpa buah hati baru dan dah bertunang pun dengan Helmi Mohd Yusof seorang jurugambar profesional dan jugak pengarah fotografi. Kalau korang nak tau Helmi tu pernah putus tunang dengan Nasha Aziz. Duk korek korek lagi kisah Dira ni, dia rupanya anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Dira anak bongsu dari enam adik beradik sekarang berusia 28 tahun. Dira ni lulusan UiTM dalam jurusan Undang undang 2007, pernah jadi wartawan untuk Beat Tv 2006, pernah tulis skrip dan jadi pengacara dalam Jom Ronda bersama Proton TV3. Dira ni suka masuk aktiviti sukan lasak, jadi tak heran kalau dia boleh tunggang motorsikal berkuasa besar mcm Harley Davidson. Dira ada anak bernama Tengku Anggun Deandra Tengku Tengku Shafiz-Rullah, berusia 2 tahun.

p/s : Nuriz nak tengok lagi lakonan Dira yang mantap mantap, mungkin lepas ni ramai pengarah offer Dira berlakon watak utama, dia memang berbakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Dira Abu Zahar dalam Perempuan”

  1. aty says:

    i memang minat Dira ni… since dari awal2 die belakon n bfore popular lagi.. suke suare die yang serak2 seksi manje tu.. huhu

  2. H.S says:

    hoho..best ye cite Perempuan tu?tak sempat tgk tv lately.
    —> Blog Hafzan Sarah

  3. lakonan dia memang hebat.. suka tengok dia:D

  4. Fitrihadi says:

    Dira ni memang hebat berlakon..sejak tengok dia kat sebuah rancangan di Astro memang respek gak dengan akak ni.. lawa pun lawa.. heehee
    Fitrihadi recently posted..Siapa Kata- Nak cinta Kekal- Cari Lelaki Sensitif Tapi Menangis Tanda Lelaki Tu Sensitif Ke

  5. Eel says:

    xde tv kat asrama ni. (T.T)

  6. shameel says:

    rasanya saya ada tengok sekejap criter ni. tapi tak sampai habis.

  7. nooni says:

    apa nama lagu yg last dorg nyanyi ye dalam drama ni…ada sape2 tahu x???

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold