David Teo Bagi Bonus RM4.5 juta kepada pelakon dan staf MIG

Fuyoo!! David Teo bagi angpau RM4.5 juta untuk pelakon pelakon dan kakitangan MIG. Murah hati betui le David Teo ni, mulut saja bising lazer lazer, tapi hati baik maaa!! hahah!! beruntung le sapa yang kerja bawah MIG ni, tiap tiap tahun dapat angpau atau lebih tepat bonus le. David kata tahun 2010 tahun paling gemilang sebab banyak filem filem terbitan MIG bagi kutipan yang dasyaatttt!! bak kata Nazmi raja lawak 5 hehe!! MIG dapat kutip RM42 juta..David baru habiskan RM 4.5 juta ada lagi berjuta juta kat dia baki tu..apa kisah setakat 4.5 juta tu.

Lisa Surihani dapat bonus dari David


Prinsip David ” Setiap rezeki yang saya dapat, saya kongsi bersama mereka yang menjayakannya, lebih banyak rezeki yang saya kongsi, maka lebih banyak rezeki yang akan saya perolehi pada masa akan datang” ok baca macam intonasi David Teo ok. Bagi David eo, pemberian bonus tu sebagai motivasi untuk pelakon dan pekerjanya, supaya lepas ni depa boleh buat filem filem yang lagi dasyaaattt!!

Shaheizy Sam yang paling banyak dapat habuan, sebab banyak filem lakonan Sam ni berjaya dapat kutipan banyak, macam filem Adnan Sempit, dan Ngangkung. Filem Ngankung dicatatkan Malaysia Book of Records sebagai filem pecah panggung dgn kutipan RM8.4 juta. Sam dapat rumah Semi D dua tingkat lagi, dan pakej mengerjakan umrah untuk 3 orang berjumlah RM30,000 ..fuyoo!!

Pelakon lain yang dapat bonus/angpau ni ialah Farid Kamil, berjumlah RM30,00,  Lisa Surihani dan Intan Ladyana dapat RM 15,000. Nora Danish, Angah raja lawak, Putri Mardiana, Yana Shamsudin dapat RM 10,000.

Farid Kamil dapat RM 30.000

Pengarah filem Ngangkung Ismail Bob dapat rumah Semi D dan kereta Toyota Alphard..aiyoo dasyattt!!, lepas ni semua kakitangan MIG , pengarah dan pelakon bekerja lagi keras dan lagi kreatif le, sebab David Teo akan bagi hadiah dan bonus yang mewah dan dasyaatttt!!

Keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini 42 orang. Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem fielm seperti Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “David Teo Bagi Bonus RM4.5 juta kepada pelakon dan staf MIG”

  1. mmg otak bisnes la david teo ni. bagus2

  2. hazwan says:

    macam ni lah bos yang baik…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold