Salam berhujung minggu semua. Hari ni saja saya nak share cara cara nak uninstall sotware yang degil atau susah nak buang dari komputer, walaupun dah guna add remove program di Control Panel tu. Saya ada pengalaman dulu semasa install AVG anti virus yang free tu. Nak install pun lambat, nak buang pulak punya la payah. Orang kedah kata ketegaq betui!! Oleh itu jangan le guna AVG sebab takleh detect virus pun, bila scan asyik ok ok je..padahal ada jugak virus. Nak uninstall pun payah, lagi satu berat sangat komputer kalau pasang AVG, tak mcm kaspersky. Guna le Kaspersky (kalau nak tau cara yg percuma sila baca entri saya sblm ni) hehe!!ok tak mau cerita pasai AVG dah..
Cara nak uninstal software yang degil dan payah nak delete ni senang je..guna le salah satu software yang pintar iaitu Perfect Uninstaller. Software ni tak free jadi kena beli atau ada no siri le ek.
Banyak software lain yang kita boleh dapat di internet , dan Perfect Uninstaller salah satunya.
Jangan risau..saya ada nak bagitau kat mana nak dapatkan secara percuma heheh!! gumbira?
Tengok cara nak buat ye kat sini…
Lihat tutorial tu dan no siri boleh dapatkan di description video tu atau pun baca le dekat komen komen orang dalam video tu..depa semua baik baik hati bagi serial
amik je le tunggu apa lagi..
Lepas dah uninstall tu korang leh le cuci registry dgn ccleaner.
sharing is caring.
February 20th, 2011
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

ziarah sini..sob..boleh cuba la
tq nuriz share info ni..mak nak uninstall program degil kat lappy mak nih!
cuba le mak tak payah beli hehe
wah..bila follow jer..nuriz follow balik yer..haha..thanks..
pasal revo ni memang bagus..
aq tak leh miss pakai benda nih…
dia akan remove hingga ke sisa terakhir..sampai licin..
kalau nak yang ada key..byk ada kat blog gue..download aja..
hehe.. http://www.syoknya-download.blogspot.com
saya ambik petua sorang kwn blogger jugak dulu, kita tak payah nak kedekut follow org sebab tak rugi apa apa pun hehe..
saya dah bookmark blog kamu, sbb saya pun suka yg free hehehe!! sharing is caring
guna combo fix.exe lagi berkesan…..
Assalamualaikum…
Maaf kerana lewat utk memberi komen pada artikel ini.
Saya tidak bersetuju dengan “pendakwaan” seperti dalam artikel di atas. Saya sudah banyak mencubaguna beberapa perisian antivirus versi percuma dan hasil dari pengkajian dan pemerhatian saya, bahawasanya.., dalam kategori perisian anti virus percuma, AVG lah yang paling baik. Dan pada pelanggan saya (terutamanya mahasiswa mahasiswi universiti), saya akan syorkan anti virus AVG, terutamanya versi terkini.
Bukan setakat memasangkan program tersebut dalam pc / laptop mereka, malah saya akan memberi tunjuk ajar cara penggunaan AVG secara maksimum iaitu dari segi mengemaskini definisi anti virus, mengemaskini program AVG, imbas dan buang virus secara automatik dan pengimbasan automatik menyeluruh pada sistem komputer secara berjadual.
AVG walaupun yang percuma, mereka kerap meningkatupayakan versi perisian mereka itu. Dan bagi saya ianya tidaklah membebankan atau memberatkan komputer kerana nilai RAM komputer di kedai saya serendah 256MB dan ianya berjalan dengan baik menggunakan AVG.
Paling penting jangan sesekali percaya dengan dakwaan pengeluar anti virus yang mengatakan bahawa produk mereka yang paling baik dalam pasaran kerana tiada satupun anti virus komputer dalam dunia ini yang “lengkap” yakni yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.
Masalah perisian anti virus seperti yang dinyatakan di atas ada beberapa kemungkinan terjadinya sebegitu. Antaranya :
1. Anti virus berkenaan dipasang dalam sistem komputer selepas virus sudah menyerang sistem komputer. Seperti yang sedia maklum “mencegah lebih baik dari mengubati. Jadinya, mana-mana anti virus pun akan lebih efektif jika ianya dipasang terlebih dahulu sebelum sistem komputer dijangkiti virus. Jika virus sudah memasuki sistem pengoperasian komputer pada peringkat teras, “install” lah dengan apa jua perisian anti virus yang hebat pun, maka ianya sudah terlambat dan hasilnya tidak akan memuaskan.
2. Perisian berkenaan tidak dikemaskini secara kerap. Ini memberi peluang pada virus untuk “mencelah-celah” ruang kelemahan yang ada. Perisian anti virus walaupun yang berbayar dan apa jua jenama, jika tidak dikemaskini definisinya, maka “buek habih’an boreh jo…” (loghat N9). Perisian anti virus harus kerap dikemaskini kerana “virus komputer” yang baru dihasilkan hampir setiap hari.
3. Mengenai AVG “memberatkan komputer”, bagi saya ianya tidaklah menjadi faktor utama kerana boleh jadi komputer berkenaan telah dipasang dengan pelbagai program, maka “sumber memorinya” juga digunakan dengan banyaknya dalam masa yang sama. Terlangsungnya akan memberatkan komputer.
Virus juga boleh jadi penyebab masalah komputer terasa berat apabila dihidupkan (dan juga semasa diangkat, terutamanya dari jenis deskstop
). Virus yang “masuk” terlebih dahulu sebelum perisian anti virus, akan “mematikan” fungsi-fungsi tertentu perisian tersebut. Malah, “KAPASKIE” pun akan menghadapi masalah yang sama (tengok nasib masing-masing) jika ianya dipasang pada komputer yang sudah “menternak” virus. Walaupun kemungkinan ada virus yang dapat dibuang, namun ianya tidak menyeluruh, lebih-lebih lagi dari jenis yang di “crack”.
Kesimpulan saya ialah apa jua perisian anti virus yang digunakan, ianya lebih efektif dan berkesan seandainya dipasang pada sistem komputer yang bebas dari virus dan kerap dikemaskini. Jika kemudiannya ada virus cuba memasuki sistem komputer, insya Allah ianya tidak akan berjaya kerana kita sudah bersiap sedia dengan “perisai” dan “tentera” menyekat kemaraan virus komputer.
salam..saya guna serial key tu tapi invalid..banyak kali try..