Video Karam Singh Walia Mabuk Hina Melayu

Permulaan tahun baru yang digemparkan lagi dengan isu yang panas, video you tube yang tersebar sejak beberapa hari lalu,  dirakamkan yang menunjukkan wartawan Karam Singh Walia yg terkenal  di TV3 yang petah berpantun dan amat popular tu dikatakan menghina orang melayu, kononnya orang melayu tak pandai dan orang melayu bukan berasal dari Malaysia atau bukan jugak dari Indonesia.

Selalu bila orang mabuk apa yang di dalam hati dia selama ni akan terkeluar dengan sendiri semasa dia cakap..Ekoran daripada tu, sekumpulan lelaki yg ada di situ telah naik marah dan mengugut Karam Singh untuk meminta maaf dan mengaku salah. Jadi Karam Singh Walia dah minta maaf kerana kelancangan mulut dia tu.

UPDATE : TV3 Siasat Karam Singh Walia

Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

“TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan,”

tengok dan pikir pikir le sendiri video ni…

p/s kesian kat hang , karam singh walia oiii, sudah tercalit imej hitam sekali dgn tv3 terpalit sama, awat  hang tak pantun dalam masa hang mabuk tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Video Karam Singh Walia Mabuk Hina Melayu”

  1. Achalurvebella says:

    pecah tembelang dia selama ni..rupa2nye mengutuk bangsa & kaum melayu…cettt…

  2. Yadinbravo says:

    kalau KSW dah minta maaf ,ok la..tapi dia dah tak mabuk ka masa tu?Kalau masa tu dia masih mabuk lagi(dibawah pengaruh alkohol)..no point la.!Pasai masa dia mabuklah dia mengeluarkan kata2 yg tak sepatutya di keluarkannya dan tanpa kesedarannya.KSW patut mengadakan sidang akhbar dalam keadaan waras meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dia seorang wartawan yg dihormati diseluruh Malaysia dan juga menginsafi tentang keburukan meminum arak….bak kata pepatah melayu..’kerana arak setitik,rosak akhlak semalaysia’.

  3. Jiman2020 says:

    poyo la orang klang. suka berlagak gangster.podah..dah terang2 mamat tu mabuk, lagi mau provoke. knowing some klang ppl myself, i can see no point arguing with them. macam la takde melayu mabuk maki bangsa lain.

    dah memang betul melayu bukan dari malaysia. tak baca sejarah dan geografi ke?sigh.

  4. Karim says:

    die mintak maaf tu dh bagus dh bg aku. sikap org kite ni nak tunjuk gangster. kalau sorang2 xpe gak, ni bawak geng. gangster ape mcm tu? samala dgn tiga line pun.. nak gaduh ajak geng. padahal nak gaduh dgn sorang je. yela korang kan kuat sebab korang ade geng. lowballers punye orang.

    actually, ni sume adalah kesilapan pemimpin2 kite. kite mengasingkan bangsa melayu, india n cina. hak juga dibahagikan xsama rata. akhirnye timbullah masalah mcm ni. gaduh2 antara kaum. menda ni xkan abis. trust me. buatla 1 malaysia ke. wawasan 2020 ke, sama jugak

    mengapa kite x wujudkan 1 bangsa iaitu bangsa malaysia? kat ic tulis bangsa malaysia. senang, sumenye sama rata. contohilah indonesia and thai. asimilasi yg berjaya.

    ingatlah walaupun Rasulullah diutuskan dari golongan Arab, tapi tiada ape yg perlu dibanggakan dengan bangsa arab. bangsa x penting. kesatuan bangsa adalah benda primitif. kesatuan agama adalah abadi. hidup islam. membangun bersama islam =)

  5. [...] Video Karam Singh Walia Mabuk Hina Melayu | nurizspace [...]

  6. mat chin says:

    kita tak suka la ada pergaduhanan kaum dalam malaysia yang aman ni

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold