Suami Wilma Mohamad Meninggal (Gambar Wilma dan Suami)

Masih ingatkah lagi dengan Wilma Mohamad pelakon dalam filem  Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah, tu antara filem yang popular lakonan Wilma Mohamad, lama tak dengar cerita Wilma ni, dia berkahwin dengan Mahir Affendi seorang juruterbang Firefly dan sejak tu penampilan dia bertukar dan dia bertudung. Hari ni terbaca kisah suami Wilma yang meninggal dunia akibat sakit jantung. Takziah kepada Wilma. Ramai  kisah artis yang masih muda lagi meninggal sakit jantung ni, tekanan dan pemakanan jugak boleh buat orang sakit jantung.

Berita dari Sinar Harian:

Suami kepada bekas pelakon, Wilma Mohamad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia akibat serangan jantung malam kelmarin (Khamis). Mahir adalah juruterbang syarikat penerbangan Firefly mendapat serangan jantung kerana tekanan kerja.

Wilma yang ditemui Sinar Harian selepas pengebumian arwah suaminya berkata, arwah tidak sempat berehat kerana jadual kerjanya yang terlampau padat.

“Arwah sangat sibuk kerana perlu melakukan banyak penerbangan secara berterusan selain turut mengajar juruterbang baru. Malah, pada pagi ini (Jumaat) arwah sepatutnya melakukan satu lagi penerbangan.

“Pagi semalam (Khamis), arwah pulang ke rumah selepas selesai satu penerbangan dan sempat berjumpa anak-anak. Kemudian petangnya arwah pengsan dan menghembuskan nafas terakhir malam itu,” katanya yang masih sebak.

Menurut pelakon filem Pasrah itu, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum pemergiannya.

“Beberapa hari sebelum arwah pergi, kami ada meluangkan masa berdua sahaja selama dua hari tanpa anak-anak. Bagi saya, itu adalah pengalaman terindah yang tidak mungkin dapat saya lupakan.

“Arwah seorang suami yang terlalu baik dan sering mengambil berat hal keluarga. Pemergiannya juga pada hari yang baik dan dalam keadaan tersenyum,” kata Wilma yang menerima pemergian suaminya dengan redha.

Wilma yang bersara dari dunia lakonan sejak berkahwin dengan Mahir masih belum memikirkan perancangan kehidupannya dan anak-anak.

“Pemergian arwah terlalu mengejut dan buat masa ini saya tidak dapat memikirkan apa-apa perancangan lagi,” katanya.

Arwah turut meninggalkan lima orang anak iaitu Raida Taqifah,9, Athirah Inarah,7, Mahirah Aqilah,5, Muhammad Yusuf,3, dan Umar Al Farouq,1.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Ar Rahman Kampung Tunku, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Gambar Wilma Bertudung

Wilma Mohamad

Gambar Wilma dan arwah suaminya Mahir Affendi

Wilma Mohamad dan arwah suami

Arwah suami Wilma Mohamad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Suami Wilma Mohamad Meninggal (Gambar Wilma dan Suami)”

  1. yas says:

    Takziah juga buat keluarga arwah…setiap yg hidup pasti mati,soalnya bersediakah kita??

    p/s: apsal intensedebate yas x de commentluv yer?
    (hr tu dia ada email,yg commentluv digantung jap krn nk upgrade…dh 3/4 ari nihh)

  2. Bie says:

    takziah buat keluarga arwah….
    Al-fatihah juga buat arwah semoga rohnya dikalangan orang2 beriman Amin…

  3. Shasha says:

    semoga captain tenang dan aman d sane..!! Al-Fatihah..

  4. kizMyself says:

    Takziah..semoga rohnya di cucuri rahmat

  5. deqsya says:

    wilma dan suami mrupakan sepupu sye…
    sye smpat hadir pd mlm arwah mninggal tp jenazahnya dah d’bawa ke hsptal..
    takziah utk kak wilma skeluarga…smoga trus tabah mngharungi hidup nie..
    we’all kt cni insyaallah akn sntiasa dcc kak..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold