Sinopsis Dia Bukan Maryam Slot Ratu TV9 mulai 24 Jan 2011

Drama baru Dia Bukan Maryam di slot Ratu TV9 akan mula tayang pada 24hb Jan ni, haaa..peminat peminat drama melayu pasti akan teruja nak tengok drama  arahan oleh pengarah tak asing lagi iaitu Erma Fatima, mesti le best kan, emm siapa lagi barisan pelakon dalam Dia Bukan Maryam ni? Fahrin Ahmad hero, heroin cerita ni ialah Eja, Lisdawati, selain tu ada Rusdi Ramli, dan Aqasha. Lagi teruja bila drama ni dibuat di lokasi yang menarik, iaitu di Mekah, Madinah dan Jeddah serta di KL. Tak sabar nak tengok ni, asik asik sinetron dari seberang je kan..cerita drama Melayu pun apa kurangnya.

SLOT RATU TV 9 DIA BUKAN MARYAM

Sinopsis Dia Bukan Maryam, menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan.
Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir.

Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum.  Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.

Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli). Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot.

Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka.

Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.

Tonton Dia Bukan Maryam setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam di tv9 mulai 24 hb Jan 2011 atau di tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sinopsis Dia Bukan Maryam Slot Ratu TV9 mulai 24 Jan 2011”

  1. [...] Sinopsis Dia Bukan Maryam Slot Ratu TV9 | nurizspace [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold