Sheikh Muzaffar Shukor Bakal Dapat Anak Julai ni

Angkasawan Negara Dr Sheikh Muzaffar Shukor  bakal dapat anak Julai ni..satu berita gembira untuk tahun ni buat dirinya dan jugak peminat-peminat Dr Sheikh Muzaffar yang setia menanti kabar berita bila Dr Halina

Gambar Dr Halina dan DR SMS

ANGKASAWAN NEGARA DAH DAPAT ANAK PEREMPUAN 21HB JULAI Berita lanjut

Nama anak Sheikh Muzaffar Sophea Isabella ( GAMBAR)

Dr sms dan isteri

DR Sheikh Muzafar Shukor dan Dr Halina

nak mengandung dan bila angkasawan negara nak dapat anak? Tahniah le kepada Dr Sheikh Muzafar dan Dr Halina yang bakal menimang cahaya mata Julai ni.

Mesej pendek dari DR SMS di facebooknya:

We are looking forward for this coming July
for the due of our tiny baby astronaut ….
Just sharing the good news …..

Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina telah melangsungkan perkahwinan yang penuh gemilang pada 10.10.2010 lalu, perkahwinan yang mendapat liputan meluas media dan dihadiri ramai angkasawan luar negara.

UPDATE:
Sheikh Muszaphar dan Halina kongsi cerita

Panggilan ‘sayang’ dari Datin Halina Yunos, 31, buat suami, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 39, ketika menghadiri sebuah majlis, membuktikan kedua mereka kini sedang mengecapi kebahagiaan.

Halina yang kelihatan anggun berpakaian merah jambu itu mula melakar senyuman manis apabila panggilan manjanya itu turut dibalas dengan sapaan ‘sayang’ oleh Angkasawan Negara itu.

Apatah lagi, pasangan ini bakal menyambut ‘orang baru’ pada Julai depan. Dan pastinya kehadiran ‘si dia’ akan membuatkan rumah tangga pasangan serasi ini akan lebih berseri.

Akui teruja dengan kehadiran cahaya mata pertama, Sheikh Muszaphar dan Halina, sudah melakukan pelbagai persiapan. Masing-masing tidak sabar bergelar daddy dan mummy.

Bagi Sheikh Muszaphar, kehadiran bayi sulungnya membuatkan hidupnya bertambah lengkap. Sementelah lagi, hasratnya untuk bergelar daddy tercapai meskipun usianya bakal mencecah angka 40.

“Apa yang tidak boleh dilupakan adalah apabila berita kehamilan isteri diketahui ketika kami berada di tanah suci ketika mengerjakan ibadah Haji. Lantas, kami memanjatkan kesyukuran pada Ilahi.

“Setakat ini, semua persiapan kami dah buat. Daripada pakaian, katil hinggalah aksesori terkini sudah pun dibeli,” kata Sheikh Muszaphar yang ditemui di majlis ‘tabung pusat’ anjuran CellSafe International, di Bangsar Village II, baru-baru ini.

Sementara itu, Halina yang kini sedang sarat mengandung berkata, penantian untuk menatap wajah comel bayinya sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah naluri keibuannya mendorongnya untuk mendalami ilmu keibubapaan dengan lebih baik.

“Saya banyak bertanya kepada orang-orang tua untuk berkongsi pengalaman berkenaan penjagaan bayi dan pantang larang ibu bersalin. Malah dia juga turut membantu saya untuk menghadapi masa itu.

“Bersusun buku panduan berkenaan bayi di rumah, sehingga mengalahkan saya pula. Malah, pantang ada masa terluang, dia akan melayari Internet hanya semata-mata untuk bayi kami,” ujarnya yang bernikah dengan Angkasawan Negara itu pada 10 Oktober 2010.

Halina bersalin dalam air

Bercerita tentang proses kelahiran, Halina yang juga seorang doktor pakar anestesia, lebih selesa memilih kaedah bersalin dalam air.

“Kaedah bersalin ini sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malah ramai yang mempraktikkan kaedah ini umpama spa yang memberi kelegaan dan ketenangan fikiran.

“Tapi di negara ini, jarang dilakukan. Kalau ada pun, hanyalah wanita-wanita berbangsa Inggeris yang bekerja di sini,” katanya yang mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta. Bertanyakan tentang jantina bayinya itu, baik Halina atau Sheikh Muszaphar, sepakat tidak mahu mengetahui perkara itu dan membiarkannya menjadi kejutan buat mereka.

Malah pasangan ini juga tidak kisah tentang jantina anak, asalkan bayi mereka sihat dan sempurna.

Menantikan saat kelahiran, Halina, akan bercuti panjang dan mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangganya.

“Sejak hamil, masa saya lebih banyak terluang bersama keluarga kerana tidak mengambil tugas tambahan. Saya juga bersyukur kerana suami cukup mengambil berat tentang saya walaupun dia sibuk membahagikan masa antara karier dan negara

“Dia sangat menitikberatkan pemakanan saya dan sering suruh saya makan kerana risau bayi dalam kandungan kekurangan zat. Tapi saya pulau risau kerana berat badan saya bertambah 20 kilogram daripada yang asal,” katanya sambil ketawa kecil.

Sumber Sinar Harian

Dr Halina Dijangka Lahirkan anak 17 Julai ni ( Sumber dai Gua.com.my)

Ketika ditemui, Dr. Sheikh Muszaphar turut memberitahu berkemungkinan besar tidak akan berada di samping Dr. Halina ketika isteri tercintanya itu melahirkan anak.

Bila dijangka Dr Halina bersalin?

“Isteri saya dijangka bersalin pada 17 Julai nanti. Kita tak tahu sama ada dia akan bersalin pada waktu itu atau tarikh lain, jadi saya tak boleh nak tangguhkan kerja saya. Bagi saya, kerja tetap kerja dan saya tak boleh nak tangguh semua itu,” ujarnya memberitahu akan memberi ceramah di luar negara.

“Pada 15 Julai nanti saya akan ke luar negara, malah pada tarikh dia bersalin iaitu 17 Julai juga saya akan berada di Taiwan untuk bagi ceramah di sana. Mujur dia seorang yang memahami. Walau bagaimanapun, saya sentiasa berdoa agar saya akan berada di samping dia bila dia bersalin nanti. Namun, jika saya tak ada juga, keluarga yang lain akan ada dengan dia.”

“Saya nak anak lelaki manakala isteri nak anak perempuan. Tapi untuk anak pertama ini kami memang tak kisah. Kami juga tak tahu jantina bayi kami kerana ingin buat kejutan. Apa-apapun kami betul-betul teruja untuk bergelar ibu dan bapa,” ujar Dr. Sheikh Muszaphar teruja.

“Saya suka kanak-kanak sejak dari dulu lagi. Saya memang nak keluarga yang besar, kalau boleh nak 10 orang anak. Bila dapat tahu isteri saya mengandung dan saya bakal bergelar bapa, saya rasa teruja sangat. Kami berdua banyak membaca buku, beli barangan bayi dan sediakan sebuah bilik khas untuk anak.

Perasaan yang sama turut dikongsi oleh Dr. Halina yang mengakui begitu teruja bergelar ibu. Ketika ditemui, Dr. Halina turut meluahkan rasa syukur kerana telah dipermudahkan segala-galanya sepanjang beliau hamil.

Entri berkaitan:

Gambar Perkahwinan Sheikh Muzaphar Shukor dan Dr Halina

Gambar Hantaran Perkahwinan Sheikh Muzaffar Shukor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sheikh Muzaffar Shukor Bakal Dapat Anak Julai ni”

  1. ShueQry says:

    Dr Sheikh idola kami.. alhamdulillah, rezekinya murah. Hal ni sedikit sebanyak menidakkan spekulasi tentang Dr Sheikh yang kata dia gay.. moga satu hari kami dapat capai satu tahap sehebat Dr Sheikh. Thanks Nuriz, tak tahu pula pasal hal ni..

  2. perghhhh… laju jugak ehh… bunting pelamin la tu.. hehehe…
    tahniah2…
    Solihin Zubir recently posted..Ramalan Merapu Sempena Final AJL 25

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold