Rita Rudaini Dah Berbaik Dengan Mertua..Alhamdulillah

Sebak pulak baca kisah Rita Rudaini  dah berbaik dengan mertua, dah tak ada sengketa dah pendek kata..dah saling bermaaf-maafan. Nenek dan atuk mana tak sayangkan cucu ye, disebabkan cucu mereka, iaitu Rayyan anak kepada Rita Rudiani dan Aidil Zafuan yang demam panas, mereka dah saling bermaaf-maafan. Detik detik sedih penuh hiba tu disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak yang berada di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada Khamis lalu. Elok lah tu Rita dan mertua dan saling maaf kan, kiranya kebahagiaan bertimpa timpa la bagi keluarga sebelah Aidil ni, dapat menantu baru dan menantu lama pun dah baik semula. Alhamdulillah. Bila dah berkahwin ni, dan ada anak pulak, ikatan tu sepatutnya makin kukuh. Orang kata ambil yang jernih buang yang keruh. Dah la Rita Rudaini ni mengandung 5 bulan pulak, kalau dia duk tertekan, kesian anak dalam kandungan dia tu. Mesti nenek dan atok sayang cucu depa kan.

Berita penuh  Mstar online

Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold