Jom buat cheese kek bluebrry ala ala secret recipe, petang semalam Nuriz buat cheese kek, dah lama tak buat cheese kek ni, teringin pulak nak makan, dalam banyak banyak resipi cheese kek simpanan Nuriz ( yang dikumpul dari internet) yang ni paling sedap.
Jom cuba cara cara nak buat cheese kek ni, topping jem blueberry, nak cari buah blue berry tak jumpa, nak tanam belakang umah pulak..blueberry ni tak mau hidup.. ahak!! jadi pakai jem je le ye.
Bahan bahan :
250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 bj telur
3 sudu besarĀ tepung gandum
1sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt ( suka hati le kalau nak perisa lain)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
3 sudu besar mentega
jem blueberry
Cara -cara
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
Nak buat kerak/crust
Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
Keluarkan dan tuang aduan cheeseĀ tadi.
Untuk bakar:
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.
Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.
January 28th, 2011
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

resepi kek coklat indulgence ada tak.. sy pling suka kek tu.. hehhe..
kek kat atas pon sedap..
cb n ct 2 pe??
dah tulis balik ..sebenarnya ct untuk camca teh dan cb camca besar