Petrol Ron 97 Naik 10 sen seliter 5 Jan 2011

Petrol Ron 97 naik lagiĀ  10 sen. Sambutan tahun baru jugak ni..dengan kabar berita agak “baik” buat semua rakyat Malaysia..yeyey!! Salam 1 Malaysia semua..tunggu harga minyak masak pulak nak naik ke tak? Naik sikit sikit orang tak terkejut sangat kan..

Berita dari Bernama:

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, ini menjadikan harga petrol RON97 RM2.40 seliter manakala minyak tanah RM2.50 seliter.

Hashim berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua bahan api berkenaan oleh pihak berkuasa malam ini. Harga RON97 yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak mentah dunia, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu kepada RM2.30 seliter.

Harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Harga minyak mentah dunia meningkat kepada AS$89.79 mulai minggu ini. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Petrol Ron 97 Naik 10 sen seliter 5 Jan 2011”

  1. Suara Kalbu says:

    Tu diaaaaaaaaaaaaa naik lagi ke ?

  2. hazwan says:

    baru masuk tahun baru dah naik lagi……..

  3. Anonymous says:

    wah bestnya…
    bila semua barang mahal baru la terasa mcm tggl kat las vegas…x gitu nuriz?

    hahaha

    • nurizz says:

      harga minyak ja mcm las vegas tapi taraf hidup tak mcm las vegas huhu..depa org atas takpa la semua free, roadtax tak payah bayaq, minyak kereta tak payah bayaq

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold