Pesta Kutip Duit Syiling Kat Lebuhraya..Ish ish ish

Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya.

Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan( dekat Rembau)dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Orang pakat kutip duit syiling kat lebuhraya

Gambar : Rembau 18 Januari 2011-(SLUG:PestaDuit)Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuhraya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah SUV yang membawa duit syiling di KM 234 Susur keluar Pedas, semalam.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian

sumber : bernama

Ni semua yang kutip duit ni, kemaruk ka?, takdak duit sangat ka? atau nak tolong kumpul bagi kat tuan dia balik ka? haha!! awat sampai jadi lagu tu..mungkin depa ni kutip nak buat bayar tol kot. Kumpul duit lama lama jadi bukit..ish ish!! makan le duit bukan kepunyaan sendiri..haram tu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Pesta Kutip Duit Syiling Kat Lebuhraya..Ish ish ish”

  1. Suara Kalbu says:

    Nuriz,
    Heran betul.. duit ni depa nak buat apa ek ? Nak buat makan ? Nak bagi anak bini ? Nak bagi mak bapak ? Nak bayar tol ? Nak beli rokok ? Nak beli minyak petrol yg mahal skrg ni ? Nak derma kat masjid ? Nak derma kat anak yatim ?

    Pokok pangkalnya mengambil hak orang tanpa izin itu mencuri namanya. Bila mencuri, tak halal namanya, bila tak halal berdosa namanya.
    Tambah lagi di saat mangsa ditimpa musibah, mereka bergembira dengan rezeki yang dikatakan terpijak tu

  2. matdin says:

    wuahh!!! kesian betol matdin tengok orang yang kutip tu…
    matdin recently posted..Entri Yang Merapu Free Jer

  3. haha.. itu baru duit syiling skupang..
    kalau duit kertas camna la agaknya eh?
    Solihin Zubir recently posted..Cinta Kedua Part 1 – Ego Mengalahkan Lelaki

  4. canzibz@yahoo.com says:

    setuju!! benci kt org2 nih..duit haram kot..plak tuh tuan dia ada plak!! gila la..kalo kita jd tuan punya duit tuh, apa la kita rasa? kete xcident..dpn mata nmpk org berebut kutip duit kita tp kita xmampu buat apa..apa la yg kita rasa agaknya.kalo ako,mmg ako sumpah la org yg amik duit tuh tgn kena jangkitan kuman..biar bengkak!yg beli benda mkn biar perut buncit!!huh, pasal tuh la Allah x jd kan ako kaya!

  5. lunaticg says:

    Salam Kenal.
    Ni semua ni dah takde duit sangat kot. Bulan tua kan?
    Polis pun takde buat apa-apa. nasib takde nampak polis pun kutip syiling dalam gambar.
    lunaticg recently posted..India gold coin supply tender

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold