Persiapan Perkahwinan Ayu Raudhah dan Zakuan Adha 21.1.2011( belakang tabir)

UPDATE GAMBAR KAHWIN AYU DAN ZAKUAN

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis di masjid itu di sini pada pukul 3.30 petang.Hari bersejarah buat Ayu Raudhah dan Zakuan Adha, 21.1.2011.

Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di sini bermula pukul 8 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara.

sumber – Utusan

Gambar perkahwinan Ayu dan Zakuan belum jumpa lagi, cuma ada gambar sekitar persiapan dan belakang tabir semasa Ayu Raudhah  dan Zakuan Adha berbincang dengan perancang perkahwinan dan jugak jurufoto khas mereka Piccalasso. Comel je Ayu tersenyum..

Ayu Raudhah tersenyum gembira, dia tengah tulis nama atas kad kahwin

Persiapan majlis kahwin Ayu dan Zakuan

Zakuan Adha (belakang tabir persiapan perkahwinan)

Gambar kad kahwin Ayu yang bewarna coklat dengan tulisan warna emas, sangat cantik.

Kad kahwin Ayu dan Zakuan Adha

Kad kahwin Zakuan dan Ayu

Ayu dukung apa tu..hehe

Kelihatan jugak Ayu sedang mendukung anak monyet tu, Ayu Raudhah ada bela anak monyet ye, tak tau pulak Ayu Raudhah ada hobi unik,  sangat manja ye..hehe selalu orang bela kucing..takpa nanti Ayu dukung anak sendiri pulak hehe..!!

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah akan diraikan sempena Festival Pengantin Malaysia 2011 pada Rabu ini di Beach Hut Mines Wellness Hotel, Mines Resort City, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.

Majlis bertemakan “Ocean, Blue, Mediterranean – Hangatnya Cinta” anjuran Dirich Vision Sdn Bhd itu juga diadakan seiring dengan majlis pra pelancaran dan sidang media Festival Pengantin Malaysia yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac tahun ini di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Ayu Raudah duk melayan anak monyet yg comel

Seronok Ayu main dengan anak monyet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Persiapan Perkahwinan Ayu Raudhah dan Zakuan Adha 21.1.2011( belakang tabir)”

  1. anastasyea says:

    semoga diorang berkekalan sehingga ke akhir hayat .. =)
    anastasyea recently posted..Pesta Kutip Duit Syiling Bertaburan Bernilai RM75-000 di Lebuh Raya PLUS Selepas kemalangan

  2. [...] Ayu Raudhah dan Zakuan Adha Kahwin 20 Jan 2011 , 20.01.2011 October 24th, 2010 nurizspace SharePERSIAPAN DAN BELAKANG TABIR PERKAHWINAN AYU RAUDHAH [...]

  3. Myra Jay says:

    Mmc cantik sangat Ayu..
    Selamt Pengantin Baru.. Moga kekal bahagia selalu..

  4. [...] Gambar Kahwin Ayu Raudhah dan Zakuan Adha January 21st, 2011 nurizspace SharePersiapan perkahwinan Ayu dan Zakuan Gambar belakang tabir [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold