Pengemis Ted Williams, Gambar Ted Williams Masa Muda

Ted Williams ialah pengemis yang tinggal di jalanan sekitar Ohio Amerika Syarikat kini popular dan akan jadi jutawan, hanya disebabkan suara emas dia tu. Video dia di you tube orang dah view beratus ratus ribu dalam masa yang singkat.  Ted William kini dah diambil bekerja dengan NBC, syarikat tu guna suara dia untuk promo team Cleaveland Cavalier. Sebelum tu, dia dah rakamkan suara untuk iklan macaroni di ESPN.

Ni saya jumpa gambar Ted William masa muda, sangat hensem sekali rupa Ted Williams ni, sekarang umur dia 53 tahun,  dia dulu memang seorang DJ radio, jadi tak heran le

Pengemis Ted Williams

Ted Williams masa muda

kalau suara dia memang sedap, orang tengok video dia semasa dia di jalan tu..akan terkejut, tak sangka pengemis tu punya suara yang amat sedap. Hidup Ted ni musnah apabila dia mula ambil dadah dan ketagih arak sekitar tahun 1996. Isteri Ted ni pun dulu jatuh cinta dgn dia sebab suara dia yang merdu tu, lepas tu dia bercerai dan terpisah dari keluarga dan anak anak. Keluarga dia pun dah tak nak amik tau hal dia, dia merempat di jalanan hampir 10 tahun. Macam mana dia mula sedar? dia nak mulakan hidup baru sejak 2 tahun lepas dan sebab tu dia mula pegang papan iklan tu, habaq kat semua orang yang dia dianugerahkan suara yang sedap, kalau sapa nak bantu dia bolehla..lebih kurang gitu le maknanya..

Akhirnya hidup Ted ni berubah lepas video dia disebarkan di lama Twitter oleh seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch.

Selama 10 tahun Ted yang selama ni tidur di belakang stesen minyak atau di mana saja, akan bakal jadi jutawan..sebab dia dapat tawaran dgn bayaran yang tinggi utk orang guna suara emas dia tu. Kisah Ted ni lebih kurang macam pengemis di China dulu Cheng Guorong yang muka hensem, mcm model. Ted kata dia pun tak percaya yg dia akan popular mcm artis Justin Bieber dan Susan Boyle..hehe!! kalah Justin Bieber ni, tu la tuah manusia sapa yang tau kan..

Video you tube Ted William direkod oleh jurugambar Colimbus Dispatch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Pengemis Ted Williams, Gambar Ted Williams Masa Muda”

  1. MamaYatie says:

    waahh..siapa sangka kan..tu la nak menunjukkan hidup umpama roda..

  2. ShueQry says:

    Kisah Ted menginsafkan saya.Benarlah, setiap orang ada kekuatan sendiri, ada bakat tersendiri.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold