Pendedahan Panas Blogwalking Tipu Lagi

Dulu saya ada buat pasal entri Blogwalking yang menggunakan software yang tak ada trafik, entri saya tu bukan nak menarik trafik tapi nak terangkan pada orang yang blogwalking tu trafik sehala, maknanya kita pergi blog orang tapi unik visitor atau trafik tak dikira, jadi dia dapat trafik sehala yang untungkan diri dia sorang aje la. Oleh sebab entri yg saya tulis tu, pencipta software tu marah. Marah pi la, saya cuma cakap yang benar.

Software “menjerit ” tu menggunakan script yang boleh cari secara automatik script code shoutbox dalam blog orang, walaupun dah dikunci shoutbox tu. Sekarang muncul pulak teknik membuat satu blog khas yang hanya ada code shoutbox dan id shoutbox pengguna. Depa ni hanya perlu taip di shoutbox tu tanpa perlu datang ke blog orang.

Sesiapa yang nak mencuba atau nak try buat jugak , sapa tak boleh halang, tapi orang yang buat tu takkan bertahan lama, lambat laun orang boleh kesan jugak, kalau asyik duk spam shoutbox orang je, asik nick name je naik tak kira siang atau malam..orang dah boleh agak yang dia tu buat cara tipu. Bila orang dah ban url blog depa, depa guna url pendek /url shortener sbg ganti. Teknik tu pun lagi tak berkesan sebab orang pun dah tak nak pergi blog yang guna url shortener je. Kesiann

Apa yang pendekar berkuda dedahkan nama nama nick name yang selalu muncul di mana mana shoutbox atau chatbox tu, dah boleh agak dah kan, seolah olah depa ni rajin mai blog orang, tapi rupanya tipu je. Boleh baca lagi kat entri pendekar berkuda, apa jenis autoblogwalking yg tipu dan tak tipu.

Diaorang ni kalau kita tegur, depa kata kita ni pentingkan trafik,  habis korang tak pentingkan trafik ke? kalau tak pentingkan trafik..apa pasal buat keje tak berapa cerdik ni. Lepas ni payah dah le orang nak percaya. Bagi saya trafik ni penting, kalau buat entri tak ada pembaca buat apa kan, tapi tidak lah pentingkan diri sampai nak menipu macam tu.

Jenis jenis orang yang masuk dalam shoutbox ni ada jugak yang duk buh iklan..mcm2 iklan, mintak maaf le, saya tak pi le blog yang duk buh iklan iklan ni, tapi diaorang ni tak penat datang sebab depa ni guna cara tipu kot. Ada yang jenis datang blog orang lepas tu dia puji puji blog kita ..last last dia kata eh nanti follow saya ye, haha!! rupanya puji ada makna ka .. Ohh!!  so cute..jangan jadi omaq tak berapa cute ye hehe!! Ok dah lari topik, ok pendek kata jangan le menipu ye hanya nak dapatkan trafik, usaha le sikit dgn cara jujur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Pendedahan Panas Blogwalking Tipu Lagi”

  1. deCrewz says:

    Biasalah tu.. Bila manusia ni dah terlebih kreatif, mula nak buat macam2 samata2 untuk traffik je..
    deCrewz recently posted..Tips Kecilkan Saiz Blog

  2. yas says:

    Yup…betul tu Nuriz…pentingkan diri sendiri..tamak…pe lagi nak cakap…mmg patut didedahkan jerr…
    yas recently posted..Kempen blogger penipu

  3. mario says:

    tula pasal!!dah malas nak bw …
    mario recently posted..nuffnang and churp churp

  4. ozzy says:

    salam..

    Di harap ramai lagi yg dedahkan taktik mereka ini supaya rakan2 yg tidak tahu terus tertipu dgn cara mereka ini.
    ozzy recently posted..THAIPUSAM DALAM KENANGAN

  5. Jericho says:

    Saya dah lock Shoutbox dekat rumah tu.. ramai datang tinggalkan message kat shoutbox tapi tak juga naik2 Visitor.. hentam jer la

  6. belalang says:

    mereka terlebih cerik atau kurang cerdik?
    hee…

  7. tomato says:

    depa nie tak baek noh wat bloggers lagu nih . huhu
    tomato recently posted.. heyhey pelajaq politeknik !

  8. kenapalah ada makhluk yang tak jujur camtu…
    nak blogging pon nk menipu..
    adeyhh…
    Solihin Zubir recently posted..Cinta Kedua Part 1 – Ego Mengalahkan Lelaki

  9. eyqasara says:

    huhuhu…xpenah tau ade org yg wat gnie eak??? buat blog semata2 nak populer..?? sdgkan isi xberape… agak2 la nak cari traffic pun..xpyah la nak menipu…hihihi… funny!
    eyqasara recently posted..Sakit Perut Kaum Wanita senggugutlah!

  10. papabear says:

    sekarang dah ramai yg tau pasal ni. padan muka dorang. btw, pasal shoutbox baru tu, my visitors awal2 dulu ada jugak la complaint tapi bila dah lama and dorang dah terbiasa, ok je dah… so tak yah risau la… if dorang suka datang, tak jadi hal pasal susah sikit…

    Oh ye, you might need to do some preference setting kat shoutbox tu sebab ada default dia yg tak sesuai seperti jumlah character yg dibenarkan untuk website. default terlalu pendek. jadi orang yg url panjang tak dapat nak tinggalkan url complete. Bagi panjangkan so that tak jadi masalah kepada visitors… :) Any question boleh tanya saya… puas jugak godek2 benda tu…
    papabear recently posted..Maxis Wired Broadband after 2 Months

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold