Pelakon Faizal Yusof Meninggal Akibat Sakit Jantung

Pelakon Faizal Yusof yang jugak bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Faizal Yusof ni pernah berlakon dalam drama popular Adamaya, kalau tak berapa kenal siapa Faizal Yusof ni, lagi satu dia pernah berlakon dengan Eja dan Intan Azura dalam drama Wadi Unung di astro dulu, dia sebagai kekasih Eja dalam drama Wadi Unung tu, seorang pelakon yang verstail jugak, boleh jadi jahat, boleh bawa watak baik.

Faizal Yusof meninggal akibat sakit jantung

Baru beberapa hari ni ada tengok Faizal Yusof ni berlakon dalam drama kat tv, muda lagi dah sakit jantung, terkejut jugak dengar berita tu tadi kat tv.  Sebelum ni penyanyi kumpulan Fotograf , Shamrin pun meninggal secara mengejut akibat sakit jantung.

al Fatihah kepada arwah Faizal Yusof.

Berita lanjut :

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

“Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya,” katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Pelakon Faizal Yusof Meninggal Akibat Sakit Jantung”

  1. Azrinhafizatul says:

    innalillah…baru tau brite ni…

  2. khairul zeffrin says:

    salam…takziah ( pelajar khas OKU politeknik johor bahru )

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold