Pelajar UITM Jatuh Bukit Broga Parah

Bukit Broga ialah kawasan yang cantik, ramai nak mendaki untuk merasai keindahan dari atas bukit tu. Sheikh Muzafar pun buat pengambaran gambar kahwin kat atas Bukit Broga tu. Dalam seronok seronok nak mendaki ni, kita kena le hati hati dan sebaiknya pergi dengan kawan kawan atau ditemani orang,  jangan pi sorang sorang, nanti takut jadi sesuatu yang tak diingini mcm jadi kat pelajar UiTM ni.

Berita Harian melaporkan, seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Norhanani Shahim, 23 yang  menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor semalam, bertukar menjadi pengalaman pahit selepas dia cedera parah akibat terjatuh dari ketinggian 50 meter.

pelajar uitm parah jatuh bukit broga


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa  dipercayai mendaki berseorangan sebelum tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di lereng bukit. Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan serius tulang belakangnya dan tidak boleh bergerak ditemui seorang pendaki, yang kemudian memberi bantuan kecemasan sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Kajang.

sepasukan anggota JPA3 Kajang dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat itu bersama enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang serta dua pembantu perubatan Hospital Kajang untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi.
namun operasi itu mengambil masa berikutan laluan masuk yang sukar serta sempit ke tempat kejadian.

Usaha membawa mangsa keluar dari tempat kejadian perlu dilakukan berhati-hati berikutan tahap kecederaan tulang belakangnya yang serius.
“Mangsa berjaya dikeluarkan selepas dua jam iaitu jam kira-kira jam 1 petang semalam dan dia dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” kata anggota JPA yang menyelamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Pelajar UITM Jatuh Bukit Broga Parah”

  1. yas says:

    Panjat bukit sorang2…bahaya tul la minah ni…nasib bek ada org jumpa…kalau x??

  2. liyana says:

    sy ada di tempat kejadian. baru nak mendaki tibe2 bunyi kecoh2 dorg ckp tragedi batu berdarah. huhu terus cancel nak naik broga. budak tu turun dgn kepala meleleh2 darah, bengkak2 muka dia. ada 2 org lelaki apit kiri kanan bawak die turun.. kesian.. x pasal2 je..

  3. tam says:

    baru sab2 lepas pergi bukit broga…otw nk turun 2, ada sekumpulan orang tengah berkerumun tgk ada org tergelincir jatuh dr bukit broga…hati2 lah kalo otw nk turun bkt broga, agak curam kawasan situ…

  4. freeman says:

    bukit broga ni senang jer nak naik.. tp tetap kena hati2.. jgnlah duk bersuka ria sampai lupa keselamatan.. kat situ org memang ramai tiap minggu dah jadi macam g shopping kompleks takder escalator jerrr

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold