Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh Histeria Jilat Darah Sendiri

Tengok gambar pelajar histeria ni pun dah takut dan cemas, apa lagi orang yang berada dalam situasi yang sebenar. Kejadian histeria ni kerap berlaku di sekolah. Histeria ni banyak sebab, kalau baca buku pasal histeria, orang orang yang berpengalaman dalam perubatan Islam ni, contoh macam Ustaz Sharhan, dia banyak tulis pasal histeria dan kenapa pelajar di sekolah kerap kena histeria. Ganggguan gangguan dari makhluk halus, atau lebih tepat jin dan syaitan yang mengganggu manusia supaya manusia tersesat dari jalan Allah. Pelajar sekolah yang tertekan atau banyak masalah atau lemah badan ni mudah diganggu oleh jin dan syaitan. Histeria ni pulak berjangkit, pelajar mana yang lemah lepas tu akan terkena jugak rasuk, Tu yang jadi kadang kadang dalam satu sekolah, ramai pelajar  kena rasuk. Orang kata jin tu dia pindah pindah dalam badan orang, kena le panggil ustaz yang handal  tangkap jin. Ada kes sekolah tu dibina dekat kawasan yang menganggu kawasan tempat tinggal jin tu maka jin tu marah..so jadi le histeria.

berita lanjut di Berita Harian pagi ni:

Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, di sini, gempar dengan tindakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cuba terjun dari tingkat dua bangunan dipercayai diserang histeria kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit tiba-tiba menjerit lalu melompat keluar melalui tingkap kelasnya ke koridor tingkat dua bangunan sekolah itu.

Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh histeria

Pelajar terbabit juga dikatakan berlari-lari sepanjang koridor terbabit sebelum berdiri di hujung bangunan setinggi 10 meter sambil mendepakan tangan seolah-olah mahu terjun.

Keadaan bertambah cemas apabila pelajar terbabit turut menarik cermin tingkap nako lalu membalingnya ke bawah bangunan.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata, tindakan pelajar itu bagaimanapun menyebabkan tangannya luka dan dia dikatakan menjilat darah yang mengalir keluar dari tapak tangannya.

“Pelajar berkenaan semakin agresif apabila membuka tudung lalu membalingnya ke bawah dan keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya berjengket memijak lantai,” katanya di sini, semalam.

Suasana kecoh di perkarangan sekolah terbabit menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.
Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab yang turut bergegas ke tempat kejadian berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bagi menyelamatkan pelajar terbabit.

Beliau berkata, pengurusan sekolah turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan pelajar terbabit. Kita dan pengurusan sekolah bersyukur kerana tidak ada kejadian tidak diingini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang pantas mengambil tindakan,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria pernah berlaku beberapa kali di sekolah terbabit namun kejadian semalam paling mencemaskan.

Berita Harian difahamkan, selepas pelajar terbabit dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), beberapa pelajar lain juga terkena histeria tapi berjaya dikawal.

Pelajar Histeria di SMK Abu Bakar Temerloh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Pelajar SMK Abu Bakar Temerloh Histeria Jilat Darah Sendiri”

  1. eyqasara says:

    perghhh!!! seriau tgoknyer! huhuhu… seram!

  2. Daus says:

    memang banyak kejadian histeria berlaku di sekolah..
    law kat tanjung lumpur hari tu berpuluh-puluh orang

  3. enggan dikenali says:

    baca ni nak tergelak pun ada bab jadi kat sekolah sendiri heboh 1 malaysia..tapi bapok seramnye tengok live
    ada satu malam kat asrama sekolah kitaorang(dalam sehari lepas kjadian ni) separuh asrama kena histeria..cikgu ada 7 orang masa tu.. dalam 2 jam la masa budak yang tengok la cerita kat kami..
    diorang ckp ustaz silat silat sume…peghh..kalau dapt tgok kan best tapi x brani la…
    ustaz ckp ngan dak(yang kne rasuk)… die kata die penunggu dari palembang kampar indonesia..atok nenek dia suh jaga tempat tu…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold