OST La Iqra Ha Fiddin – Tuhan Berikan Aku Cinta

Baru lepas tengok cerita yang agak meyentuh jiwa dan perasaan, banyak mesej yang disampaikan dalam drama La Iqra Ha Fiddin kat Astro tadi. Lakonan hebat dari Sharifah Amani sebagai Lia/Norlia dan lakonan Zack X Factor sbg Dr Edward. La Iqra Ha Fiddin tiada paksaan dalam agama, mengisahkan seorang doktor yang baru berpindah ke sebuah kampung, Dr Edward ni jatuh cinta dengan Islam dan jugak Norlia, anak tok Imam kat kampung tu. Cinta doktor Edward ni tak kesampaian apabila dia dibunuh oleh Samiri, orang kampung yang agak terpesong dan salah memperjuangkan Islam. Sebelum tu pun Norlia dah menolak cinta doktor tu sebab Norlia sedang menghidapi  barah hati yang kronik, dan tak boleh hidup lama,  jadi dia tak nak doktor tu kecewa.

La Iqrq Ha Fiddin - Sharifah Amani dan Zack X Factor

Scene yang menarik tadi dan sedih jugak le huhu..apabila doktor tu terkejut dengar berita pasal penyakit Norlia dari mulut ayah Norlia, Norlia lari kot pintu dapur, sebab terlalu sedih, dan dia tak nak doktor tu tengok dia menderita kerana sakit yang dihidapinya, dan kecewa sebab dia pun menaruh hati kat doktor Edward dalam diam..huhu..doktor Edward kejar Norlia sampai kat halaman rumah, air mata doktor tu jatuh bercucuran kerana terlalu sedih, mantap lakonan Zack X Factor ye.

Doktor tu sempat peluk Islam sebelum meninggal dan nama Islamnya Daud, dia menderma hati kepada Norlia, buah pinggang kpd Madam Wong, dan mata dia kpd Doraisamy. Mesej 1 Malaysia, semua kaum perlu hidup rukun dan damai, bertolak ansur dan saling bantu membantu.

Scene dalam La Iqra Ha Fiddin - Astro Prima

Dr Edward tidak sesekali meninggalkan Norlia kerana dia telah memberikan hatinya kepada Norlia buat selamanya..

Zack x Factor dalam La Iqra Ha Fiddin

Ok ni OST dari drama La Iqra Ha Fiddin, nyanyian Ayushita , Tuhan Berikan Aku Cinta

Lirik

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “OST La Iqra Ha Fiddin – Tuhan Berikan Aku Cinta”

  1. putera aliff says:

    salam…u..thankss coz update lagu ost drama pengarah i ni…
    Fairuz Loy…
    i mmg tgh cari lagu ni…since tgk that drama laa..
    ya allah…cinta y sgt tragis laa…mmg sedey…jujo i nangis…
    seorg lelaki bkn muslim y mmpunyai hati y luhur n murni..
    mcm2 dugaan EDWARD kene..masyallah…
    ap y lebey menyedihkn n terkilan bila EDWARD mati d tgn si BANGSAT SAMIRI…hisshh..tergamak seorg islam berkelakuan cm 2..Binatang!
    Scene paling sedey bile EDWARD da taw LiA ade sakit KANSER HATi…shot terbaik laa…credit 2 PELAKON n PenGARAh,,,lebih menyayat hati bile EDWARD mati n tgglkn wasiat kepd 3 org y dy seyangi..LiA,Madam Wong n Doraisamy…dermakan organ nye tok mereka BERTIGA..
    Paling terharu bila hati EDWARD d berikn kepd kekasih x kesampaian,LiA..
    Las scene pon sedey gilew,,,y EDWARD senyum ke arah MASJID…N berpakaian puteh smbil tersenyum ke kamera…
    Citer ni mmg bes sgt3x dgn penata muzik y superb..OST sgt2 sedap n kene ngn drama…nak tgk lagiii…

    thankss again k?
    :)add me at FB putera aliff kadar maidin

  2. elize says:

    aku tersentuh dan terharu bila tgk cite ni. aku menangis kerana seorang lelaki yg awalnya penganut agama kristian mempunyai hati yg ikhlas utk menyelamatkan nyawa org lain tanpa mengira bangsa dan agama..

  3. Tonton says:

    sapa yang xsempat tgk? jom tgk online..hehe..
    best cite ni..
    apa2 pn tq utk review ye.. =)
    Tonton recently posted..La Ikro Ha Fiddin 2011

  4. Gerrard says:

    memang drama terbaik ni..pengajaran yang memberi seribu makna kepada Gerrard best2 ^_^
    Gerrard recently posted..Mendaki Gunung Keriang

  5. Suara Kalbu says:

    Thanks Nuriz,
    Duk tercari-cari gak apa nama tajuk lagu dalam citer ni.
    Suara Kalbu recently posted..Muffin Vanilla Strawberry

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold