Model Perodua Myvi Baru 1.5 2011 Bakal Muncul April ni

Entri Berkaitan Myvi Extrem 2011

Sejak tahun lepas,  berita tentang kereta model baru Perodua Myvi rancak diperkatakan, kereta Myvi baru akan dilancarkan sekitar bulan April 2011. Manakala Myvi SE(special edition) akan menyusul Jun 2011 bakal memberi kejutan kepada peminat kereta Myvi.  Mengikut Pengarah Urusan Perodua, Myvi baru yang akan datang April ni dengan enjin berkapasiti 1.5 liter.

terkini kemasikini September 2011

PELANCARAN 2 MODEL BARU MYVI SE 1.5  dan EXTREME 2011


Daihatsu Boon


Perodua Myvi diperkenalkan dulu pada tahun 2005, dan model yang paling laris terjual, pada tahun 2010 sebanyak 188,600 unit.  Model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam , penjimatan minyak tu le yang membuatkan pembeli berpuas hati, tambahan sekarang harga bahan api meningkat. Myvi tahun 2005 adalah asas dari model Daihatsu Boon keluaran Daihatsu Motor Corporation, Jepun dan Toyota Passo pun mengambil asas model Boon tapi spesifikasi Toyota Passo agak tinggi sikit berbanding Boon.

Gambar yang dipercayai model baru Myvi 2011

Bagi tahun 2011 ni, perodua Myvi akan menjadi generasi kedua sebagai ganti kepada model Myvi yang lama tahun 2005.
Bentuk dan Rupa Myvi baru:
Bentuk dan rupa Myvi yang baru ni akan mengalami perubahan bahagian luaran atau facelift, selain enjin baru 1.5 liter.  Rupa luaran bg Myvi 2011 lebih menarik berbanding Boon dan Passo dengar kabarnya.
Kalau dalam gambar yang (dipercayai gambar model baru Myvi 2011) body belakang ada perubahan sikit berbanding yang model lama. Lampu belakang, LED lebih tinggi sikit ke atas dan agak tirus. Body depan pulak dikatakan agak wide. Pintu belakang pun ada sikit perubahan. Boleh bandingkan model Myvi lama dan baru ni.

Beza Myvi lama dan baru

Harga Myvi baru, berapa agak-agaknye? Kalau Myvi yang lama 1.3 l SE dalam RM5.3k manakala Alza 1.5 l dah RM5.7k, jadi agak agak le berapa harga Myvi baru 2011 :) Adakah harga Myvi 2011 ni dalam harga RM55k-65k?

UPDATE : MYVI BARU dijual pada harga atas jalan bermula dari RM43,900 bagi transmisi manual standard hingga RM57,400 bagi transmisi automatik.

Transmisi manual standard bagi model baru Perodua Myvi itu mempunyai tahap pemanduan lebih jauh iaitu 17.5 kilometer
bagi setiap liter petrol berbanding model sebelumnya 17.1 kilometer.

Bagi transmisi automatik pula, ia mampu bergerak 14.6 kilometer bagi setiap liter bahan bakar berbanding 13.5 kilometer bagi model sebelumnya.

Warna Myvi Baru
Ia didatangkan dengan enam warna, termasuk warna baru Ungu Mystical yang akan diperkenalkan bermula Ogos ini. Pilihan warna lain ialah  Hitam Ebony, Kelabu Medallion, Kelabu Glittering, Putih Pearl dan Putih Ivory.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Model Perodua Myvi Baru 1.5 2011 Bakal Muncul April ni”

  1. dah ada iras2 macam jazz jer

  2. MDHAFiZ.NET says:

    wah..dah tahun 2011 rupanya..hahaha..
    Salam Ukhwah dr saya.. :)

  3. RuSh D says:

    moga lg cun ler versi baru.. :)
    RuSh D recently posted..3 tan ikan- RM5-000 menanti kaki pancing

  4. MyVi mmg sinonim ngan pompuan kan.. heheh..
    Solihin Zubir recently posted..Zaman Nakal di Asrama Sekolah Bersama Zul Koje

  5. yas says:

    walaupun saya dari Proton…saya ttp mengalu2kan saingan di industri ini…kelebihannya insyaallah kpd rakyat kita juga.
    yas recently posted..Jelajah Proton 1 Malaysia Dataran NiLai 29 Dis 2010

  6. [...] MyVi baru  diambil dari  asas model Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas (seperti dalam entri saya sebelum ni) dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter [...]

  7. waaaa..macam best ke nih myvi baru

  8. razis says:

    bgs entry nie. sipa compare dgn myvi lame tu. klu tgk comparison, mmg mengancam gak myvi baru nie.

  9. pearl says:

    kalau boleh jgn lah sampai atau lebih dari 60k..myvi 1.3 je dah 53k mengarut betul…tambah pada kereta sikit tapi harga yang bertambah terlampau tinggi…

  10. pearl says:

    design belakang myvi baru ni harap2 jgn la nmpk mcm katak dan kotak ye..huhuu..design tepi nmpk mcm honda jazz kira dah ok la..tp jgn ambil design jazz yg baru yg ada tingkap kecil kt dpn belah cermin sisi..tak sesuaiii..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold