Minyak Masak Habis, Pokok Kelapa Sawit Kena Tebang

Sekarang fenomena minyak masak habis, nampaknya kebanyakan negeri di Malaysia ni minyak habis, startegi yang agak bijak dari pihak penjual ye, tahun baru 2011 yang bermula ni, minyak disorok dengan niat nak paksa kerajaan menaikkan harga minyak masak..atau adakah Malaysia dah kekurangan pokok kelapa sawit sebab pokok kelapa sawit dah kena tebang dan diganti dengan pokok getah, sebab harga getah  naik?

Kesian..kesian..Malaysia yang banyak pokok kelapa sawit boleh kurang minyak masak ni..kot semua orang makan makanan bergoreng banyak sangat kott!! Pelik lagi, apabila Pahang antara negeri yang habis bekalan minyak, Pahang kan banyak kelapa sawit, kenapa jadi macam tu? Aha…lepas ni mesti ada kempen, jangan makan makanan bergoreng banyak sangat, makan yang bakar bakar aje le, untuk menjaga kesihatan.

Sekarang kalau pi pasaraya minyak masak semua habis, kat area Kedah ni pun minyak dah habis, tinggal cuma minyak masak yang mahal mahal aje, yang orang tak nak beli, sebotol RM25 , sapa nak beli?

Berita dari Kosmo:

Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

“Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Minyak Masak Habis, Pokok Kelapa Sawit Kena Tebang”

  1. Cikqiqi says:

    yg btoinye pengusaha gedik nak nek kn hrga mnyak mask…tp yg perit n sakit nye rkyat yg gaji sderhana….konon nk sifarkan org mskn tegar..nk 0% mskin tegar, tp kalo cmni la jadi…alamatnye tak tecapai la…

  2. Zack Zaman says:

    Jom kita bertukar kepada minyak jagung ke, minyak kacang ke, minyak bunga matahari ke… Jangan bertukar kepada minyak dagu sudaa..

  3. kena taman pokok kelapa sawit belakang rumah nampak gayanya nih

  4. Shaeffa68 says:

    kita bakar ker..rebus ke..stim ke..

  5. yott says:

    dorang ni amik kesempatan naikkan harga..

  6. Solihin Zubir says:

    kalau gula naik, sebab takut kencing manis..
    kalau minyak masak naik? sebab apa plak? takut sakit jantung.. hehe…

  7. umilaya says:

    samalah, udah berminggu dah xder minyak kt sini

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold