Maizawati Kemalangan Patah Tangan(gambar)

Maizawati bekas isteri penyanyi Akhil Hayy telah terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.

Gambar kereta yang dipandu Maizawati ( remuk di  depan).

Kereta Maizawati yang remuk

Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.

Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: “Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. “Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan. Doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan.

Maizawati di hospital, ditemani suami

Akhil Hayy sudah dimaklumkan kemalangan itu dan beberapa ahli keluarga bekas suami juga menziarahinya di hospital selepas kemalangan itu.

Nama Maizawati mula mendapat perhatian media apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina bersama Akhil, 40, Mei tahun lalu.

Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun sama selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Selepas setahun bercerai, Maizawati kembali mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama Mohd Yassin pada 9 Ogos lalu dan kini menunggu cahaya mata pertama bersama pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu.

Gambar Maizawati semasa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ditemani  suaminya Mohd Yassin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Maizawati Kemalangan Patah Tangan(gambar)”

  1. raihann rodzi says:

    ish…kesian kt maizawati tu..sampai patah tangan….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold