Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Tenang

Hari ini penduduk di sudah mula berbaris seawal 8 pagi di pusat pengundian pilihanraya kecil Dun Tenang di  Johor.  Sehingga 1 tengah hari, 55.36 peratus atau 8,167 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengikut statistik SPR.

SPR mengesahkan semua 12 pusat mengundi di DUN Tenang selamat daripada banjir, tetapi menasihatkan pemilih berdaftar keluar awal membuang undi berikutan ramalan hujan lebat pada sebelah petang. Walaupun cuaca tak begitu baik  di sana, tapi orang ramai tetap keluar mengundi. Keputusan Pilihanraya akan dikemaskini nanti, dijangka akan dapat diketahui jam 7 ptg atau 8 malam ni.

Keputusan  DUN Tenang Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 undi dengan majority 3,707 undi manakala peratus perbezaan undi sebanyak 38.22 peratus dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.

Bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini hari ini, Mohd Azahar memperoleh 115, manakala Normala memperoleh tiga undi.

Profil Calon Pas Normala Sudirman

  • Nama: Normala Sudirman
  • Tarikh lahir: 6 Jun 1973
  • Tempat lahir: Kampung Serom 3, Muar, Johor
  • Suami: Makrof Abd Mutalib
  • Anak: 3 orang
  • Bapa: Sudirman Suratman – Bekas Ketua Peserta FELCRA, bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang
  • Ibu: Mukmini Yahya – Peneroka FELCRA
  • Pendidikan:
    • Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Kemelah.
    • Sekolah Menengah Tenang Stesen.
    • Sekolah Menengah Paduka Tuan.
    • Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam.
    • Maktab Tuanku Bainun.
  • Politik:
    • Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
    • Naib Ketua Dewan Muslimat Johor.
Profil Calon Barisan Nasional

  • Nama: Mohd Azahar Ibrahim
  • Tarikh Lahir: 14 Mei 1972
  • Tempat Lahir: Labis, Segamat
  • Anak: 3 orang
  • Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
  • Kelulusan :
    • Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi MARA (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) 1993.
    • Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom 1996.
  • Pekerjaan:
    • Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000).
    • Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006).
    • Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011).
  • Jawatan dalam parti:
    • Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008).
    • Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.

sumber : Beritaharian.com.my

Keputusan Pilihanraya Dun Tenang dari sumber Malaysia Kini:

Tahun 2008

Sulaiman Taha UMNO – Undi sebanyak 6367

Mohd Saim Siran PAS -Undi sebanyak 3875

Tahun 2004

Sulaiman Taha UMNO – Undi 7655

Mohd Saim Siran Pas- Undi 2138

Pecahan kaum di Dun Tenang

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Tenang”

  1. yas says:

    Tak kisah sangat sapa2 yang menang…yg penting tanggungjawab.
    Jangan time pilihanraya je nampak btg idung…pas tum ilang…

  2. takpa2.. hero kalah dulu..
    harus tenang! heheh…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold