Keputusan dan Pemenang AJL 25 Anugerah Juara Lagu 25

PERSEMBAHAN TERBAIK FAIZAL TAHIR AJL 25

Tahniah kepada semua pemenang pemenang AJL 25/ Anugerah Juara Lagu ke 25. Sebanyak 14 buah lagu yang berentap, ini lah keputusan terkini dan senarai pemenang AJL 25. Ana Raffali menjadi juara lagu AJL 25, keputusan yang tak dijangka-jangka, ramai yang membuat ramalan Faizal tahir yang menang..tapi nasib menyebelahi Ana Raffali.

Hafiz Af membolot 2 hadiah dalam 2 kategori, iaitu Vokal terbaik dan mendapat tempat  ketiga utk Lagu Noktah Cinta.

Juara Lagu AJL25: Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

Naib Juara : Black dan Meet Uncle Hussein – Drama King

Tempat ketiga: Hafiz -Noktah Cinta

Vokal Terbaik: Hafiz AF – Noktah Cinta

Persembahan Terbaik: Faizal Tahir – Hanyut

Hadiah hadiah untuk pemenang AJL 25

Juara Lagu memenangi trofi dan wang tunai RM35,000
Naib Juara, trofi dan wang tunai RM15,000
Tempat ketiga, trofi dan wang tunai RM12,000
Persembahan dan Vokal Terbaik masing-masing bakal memenangi trofi dan wang tunai RM10,000

Lagu lagu yang bertanding dalam AJL 25 ialah

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Mencari Konklusi (Hujan), Pelita (A.P.I), Ekstravaganza (Bunkface), Ku Ada Kamu (Adira), Jahat (Stacy), Noktah Cinta (Hafiz), Drama King (Meet Uncle Hussain feat. Black), Hanyut (Faizal Tahir), Berlari (Tomok), Selamat Malam (Faizal Tahir), Sofea Jane (Black) dan Cinta Sempurna (Yuna).

Antara barisan juri yang mengadili AJL 25 malam ni ialah Acis, Azmeer, Habsah Hassan, Pacai, Amy Search, Andy Floop Poppy, dan Ketua Juri M Nasir.

Music Mapping menjadi tema yang dipilih dalam meneruskan kelangsungan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 pada malam ni. Menterjemahkan transisi dan perjalanan muzik di negara kita sejak dulu hingga sekarang.  Maka berakhirlah debaran siapa bakal juara untuk AJL 25 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Keputusan dan Pemenang AJL 25 Anugerah Juara Lagu 25”

  1. [...] Red Carpet AJL25 dan Live Streaming AJL 25 January 9th, 2011 nurizspace ShareUPDATE: KEPUTUSAN TERKINI PEMENANG AJL 25 [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold