Isu Besarkan Payu Dara, WHI Dikecam

Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

sumber : Kosmo

Pendapat saya:

TV3 buat la segmen yang berfaedah sikit. Tajuk Salahkan Besarkan Payudara? Memang la salah, kalau dah mengubah ciptaan Allah untuk tujuan yang salah, untuk nampak cantik atau untuk bagi orang tertarik mcm Pamela Anderson buat tu. Lain lah kalau bedah untuk tujuan kesihatan. Dah Allah kurnia kat manusia macam tu buat apa nak ubah ubah lagi, jangan la kita meniru orang kat Barat tu yang bertentangan dengan agama.

Jurukamera pulak pi fokus kat payudara pengacara apa hal? lepas ni TV3 dan whi nak buat tajuk besarkan apa pulak?

Lain kali WHI buat la tajuk pasal barah payudara pulak tu lagi berfaedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Isu Besarkan Payu Dara, WHI Dikecam”

  1. aduhh.. sgt memalukan..
    mujur sy x tgok.. heheh..
    Solihin Zubir recently posted..Cinta Kedua Part 1 – Ego Mengalahkan Lelaki

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold