Histeria di SMK Sungai Ranggam Teluk Intan pulak

Semalam dah ada kes histeria di SMK Abu Bakar , Temerloh, hari ni ada pulak kes histeria dia SMK Sungai Ranggam , Teluk Intan Perak. Pelajar membaling kaca dan ada yang keluarkan pisau nak serang guru dan pelajar lain. Ada jugak yang toreh tangan sendiri. Menakutkan betul la bila jadi kes histeria yang teruk macam ni. Apa sebabnya berlaku histeria kat sekolah Sungai Ranggam tu? Heran ye pelajar perempuan saja yang selalu kita dengar kena serang histeria, pelajar lelaki tak dak pulak kena.

Menurut akhbar Kosmo, sudah ada kejadian histeria di sekolah tu, berpunca selepas perkhemahan dibuat di kawasan belakang sekolah pada Mei tahun lepas. Selepas tu, pelajar mengadu melihat ada lembaga menakutkan muncul di kawasan sekolah.

Bahaya jugak ni kalau pelajar yang terkena histeria mencederakan diri sendiri, macam semalam, pelajar nak terjun bangunan sekolah, pelajar tu tak salah, tapi bila dah badan dimasuki mahkluk halus, diri dia teraniaya.

Berita dari UtusanĀ  :

Pengusaha kantin sekolah tersebut, Norhazirah Hassan mendakwa, bilangan pelajar mengunjungi kantin sekolah berkurangan sejak kejadian histeria berlaku di sekolah berkenaan.

Beliau yang tinggal di kantin tersebut mendakwa sering diganggu makhluk halus pada waktu malam.

“Kadang-kadang saya terdengar pintu diketuk tetapi apabila dibuka tidak ada orang. Ada masanya ‘dia’ mengganggu seperti menggeletek kaki ketika kita tidur,” katanya.

Menurut Norhazirah, kejadian tersebut menyebabkan dia rugi dan menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin berkenaan.

Kes histeria lain ialah di SMK Seri Sepang Bandar Baru Salak Tinggi, semalam, seramai 10 orang pelajar terkena histeria. Pelajar dakwa ada lembaga yang menakutkan berlegar legar di kawasan sekolah, lembaga tu datang dari kolam ikan terbiar yang ditimbus kira-kira 2 tahun lalu. Ni mesti kes lembaga tu marah orang kacau tempat tinggal dia kan.

p/s : heran ye kenapa pelajar perempuan saja yang kena serang histeria. ada ke kes histeria di kalangan pelajar lelaki..misteri tak terungkai…huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Histeria di SMK Sungai Ranggam Teluk Intan pulak”

  1. syamila says:

    perempuan ni senang nak kena sebab lemah semangat kot…he3
    syamila recently posted..MC 2 Hari

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold