Gambar Air Asia Terhempas Di KIA, Kuching

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas dan terhempas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitau sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur.

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat. Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini.

Empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Sementara itu seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan memberitahu pemberita, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

“Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.
Penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.

Hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian.

sumber: bernama

Gambar pesawat air asia yang terhempas di KIA Kuching 11hb Jan 2011.

Syukur sebab tiada kemalangan maut, cuaca buruk memang le boleh menyebabkan pesawat terbabas dan terhempas, tambahan sekarang musim hujan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar Air Asia Terhempas Di KIA, Kuching”

  1. TenangSudey says:

    tak sangka boleh terhempas. moga kita dijauhkan la ek..

    Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
    TenangSudey recently posted..Jasa Ibu Bapa Dilupakan- Jasa Orang Lain Disanjung

  2. budak comel says:

    adeh, nie wat eden gerun nk naik kpl trbg neh.
    hehe!

  3. mesti jenuh menjawab pilot2 airasia ni lps ni. sian~~
    ekspresiruang recently posted..Menterjemah istilah KONTEMPORARI versi Hong Kong

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold