Fasha dan Jejai Dah Putus Cinta Hahaha!!

Adoi berita tergempar ni, Fasha dan Jejai dah putus cinta, amboi patutla Fasha frust pi Bali pakai bikini rupanya dia dan Jejai dah putus cinta. Fasha dan Jejai pernah declare depa ni pasangan kekasih dalam bulan Mei 2010, kiranya tak sampai setahun la.  Fasha marah sangat ka abang Jejai pi bercuti dengan Nora dan family kot. Kenapa Fasha bercerai, ikut gossip media hiburan, Jejai ni tak tahan perangai Fasha yang suka “meroyan” tak tentu pasal. Agaknya cemburu sangat kot. Silap sikit merajuk,  sentap sentap, mana Jejai nak tahan kan.

Jejai dah hantar emel kat wartawan nak bersihkan nama bekas isterinya Nora yang dituduh sebagai pemisah hubungan dia dengan Fasha, sekaligus nak bagitahu berita sebenar hubungan dia dah putus dengan Fasha. Nak buat macam mana jodoh tak panjang. Orang dah kahwin pun lagi kan bercerai ni kan pulak  kapel..huhuhu!! Cian Fasha tak dapat naik helikopter dengan Lamborghini Jejai round round makan angin…La ni Fasha buat pa gamaknya, ke duk padam gambar Jejai di Facebook dia, gambar kenangan cinta kan. Orang frust mesti le padam habis gambaq.

Fasha dan Jejai Putus Cinta

Entri lain : Fasha Rela Bermadu

Gambar Fasha dan Jejai Sambut Raya

Kisah putus cinta Fasha dan Jejai di Metro:

Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Fasha dan Jejai Dah Putus Cinta Hahaha!!”

  1. [...] Gambar Fasha dan Jejai Sambut Raya, Fasha dan Jejai Sambut Birthday October 5th, 2010 nurizspace ShareHangat: Jejai dan Fasha Putus Cinta [...]

  2. lunaticg says:

    Salam Kenal.
    Patut la hari tu kat Melodi dia buat statement “no komen”.
    Hahahahahaha…. Tapi boring jugak ler, hari2 cerita pasal dia ni.
    lunaticg recently posted..Should I invest in Iraq Dinar

  3. Gerrard says:

    hehehe nak gelak gak la :P

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold