Drama Ustaz Amirul Slot Zehra di tv3

Ada drama baru utk slot zehra kat tv3, Ustaz Amirul lakonan Ashraf Muslim, dulu pernah jugak tengok Ashraf ni bawa watak ustaz, orang alim alim kat Oasis masa bulan puasa tahun lepas, dah lupa pulak tajuk drama tu. Muka baik mcm Ashraf ni selalu pengarah ambik jadi ustaz ye. Drama Ustaz Amirul akan menemui penonton pada 7hb Januari ni, jam 9 malam. Pengarah drama ni Ahmad Idham, dalam Aku Masih Dara, Ashraf Muslim jadi ustaz jugak. Kira watak Ustaz Amirul dimasukkan dalam telemovie le pulak.

Ashraf Muslim dalam Ustaz Amirul

Sinopsis Ustaz Amirul

Drama Ustaz Amirul di TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.

Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.

Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya mencari siapakah wanita yang layak bergelar isteri.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani.  Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru USTAZ AMIRUL ini, yang bakal menemui penonton pada 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00malam.

Para pelakon dalam drama Ustaz Amirul, Ashraf Muslim, Siti Saleha, Eira Syazira, Lydiawati, Fauzi Nawawi, Kuna, Safura, Zarynn Min

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Drama Ustaz Amirul Slot Zehra di tv3”

  1. Izan Ishak says:

    cam tak sabar pulak nak tgk nih. sbb mcm best je kan~

  2. Ahmad Zaki says:

    Asssalamualaikum…. Saya memang suka melihat personaliti yang ditampilkan oleh Ashraf Muslim. Sejak dari drama bersiri Puaka Niang Rapik. Suka dgn watak yg dibawa, wajahnya sesuai membawakan watak2 baik… iaitu seorang ustaz muda. Lagipun muka anak sepupu saya macam muka dia.

    Disebabkan saya ni lelaki, maka bukan semua pelakon lelaki yang saya minat. Antara yang saya minat selain Ashraf Muslim (dari segi keterampilan, imej, gaya lakonan sahaja tau….), ialah Zed Zaidi dan Edika Yusof

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold