Bantuan Wang Ihsan Banjir Kedah Fasa Kedua

Pengagihan wang ihsan banjir fasa kedua yang melibatkan mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan seramai 24,652 keluarga dengan bantuan berjumlah RM12.3 juta bermula semalam.

Penyampaian peringkat pertama itu melibatkan 3,900 keluarga dari daerah Kota Setar membabitkan jumlah RM1.95 juta berlangsung di Dewan Serbaguna Bandar Muadzam Shah Anak Bukit di sini.

Tu berita dari Kosmo, hari ini memang ada bantuan lagi untuk fasa kedua di Pokok Sena. Ayah saya pun dah pi ke sana awal awal pagi lagi. Ramai jugak dengar kabarnya tercicir ni, nama hilang la, borang tak isi la. Borang isi tapi nama takda la..JKKK tak bagi borang la..macam macam hal le kan. Al maklumlah ramai sangat magsa banjir di Kedah ni. JKKK kampung pun bertungkus lumus la berusaha nak melancarkan agihan bantuan ni. Kalau ada mangsa banjir yang tercicir tak dapat bantuan, boleh le hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat, jangan duk diam je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold