Banjir di Labis dan Kluang Johor 2011

Gambar Banjir di Johor 2011, Jalan jalan yang ditutup,

Banjir besar melanda pekan Labis ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang akibat hujan lebat yang turun tanpa berhenti sejak semalam.

Banjir di Labis 2011

Hujan lebat yang sekali sekala renyai turun secara berterusan sejak enam hari lepas menyebabkan Labis dan beberapa kawasan lain di Johor turut dilanda banjir termasuk Segamat, Ayer Hitam dan Yong Peng.

Banjir besar yang melanda pekan Labis kali ini disifatkan oleh beberapa penduduknya sebagai antara yang terburuk sejak beberapa tahun ini dan lebih buruk daripada kejadian serupa pada 2006.

Hampir seluruh pekan Labis Lama yang terletak berhampiran sungai ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

KTMB tergendala:

Keretaapi yang terkandas di Stesyen Keretapi Gemas dinaiki air .

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini membatalkan beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh di antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan, hingga ke Kluang, Johor.

KTMB dalam satu kenyataan di sini berkata perkhidmatan yang terbabit ialah Ekpress Rakyat dari KL Sentral-Singapura/Singapura-KL Sentral, dan Ekspress Sinaran Timur dan Kuala Lipis-Singapura/Singapura-Kuala Lipis.

Bagi perkidmatan Gemas-Singapura, penumpang akan dibawa dengan bas dari Gemas ke Kluang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura, manakala bagi perkhidmatan dari Singapura ke Gemas, perkhidmatan akan berhenti di Kluang

sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Gemas.

Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTM yang berhampiran, kata kenyataan itu.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862.

Sementara itu Unit Komunikasi Korporat KTMB ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai status terkini perkhidmatan tren di sektor terbabit dari semasa ke semasa.

Jurucakap polis di sini Supt Abdul Aziz Ahmad berkata semua jalan utama Labis-Segamat ditenggelami air dan ditutup kepada lalu lintas.

sumber Bernama dan Berita Harian

Banjir di Johor Ragut Dua Nyawa

Ini pulak berita dari the Malaysia Insider:

Banjir yang melanda Johor telah  meragut nyawa dua wanita —  seorang di Cha’ah, Segamat dan seorang lagi di Kampung Rahmat, Kulaijaya.

Kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan masing-masing yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian malam tadi.

Di Cha’ah, Rohani Ismail, 51, lemas selepas kereta yang dipandunya dihanyutkan arus deras di KM145 Jalan Johor Baharu-Seremban, kata Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Mohd Ali.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam tadi ketika Rohani bersama empat anggota keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Keratong 5, Pahang, selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Semerah, Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Majid berkata kereta yang dipandu Rohani dihanyutkan 50 meter ke dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.

Beliau berkata sekumpulan penunggang motosikal yang lalu di jalan itu berjaya menyelamatkan anggota keluarga Rohani, termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, tetapi gagal menyelamatkan mangsa.

Katanya gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat Rohani dua jam kemudian.

Banjir di Kota Tinggi Sila baca kat SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Banjir di Labis dan Kluang Johor 2011”

  1. pauline says:

    musim banjir nie kena hati2..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold