Atasi Masalah Firefox Lambat Loading

Firefox antara browser yang saya suka guna selain Google Chrome, masalah firefox lambat loading ni, saya pun pernah alami jugak, semasa baru baru guna ok aje, lepas tu firefox ni mula buat hal. Kenapa ye firefox lambat loading, kadang kadang perlu ambil masa 2,3 minit. Penggunaan plugins yang banyak jugak boleh menyebabkan firefox jadi slow dan lembap. Jadi kita perlu pandai pandai pilih plugins yang sesuai saja untuk kita guna, dan tak perlu pasang macam macam dalam tu yang penggunaannya kurang dan tak penting. Pengalaman saya jugak dulu, saya pasang banyak sangat plugins yang kurang guna jadi firefox saya nak startup tu slow alahai macam kura kura..sampai adik saya komplen laptop saya ni berat kot. Mustahil laptop saya yang jadi punca sebab bila guna Google Chrome laju berdesup, kalah musang berapi.

Jadi ada beberapa jalan penyelesaian yang telah saya ambil hasil carian di internet dan jugak forum , bagaimana nak atasi masalah ni,  tanpa perlu kita uninstall firefox dan install semula yang baru.

Sebelum tu, cuba langkah langkah berikut:

Buang segala history dan cookies dengan ccleaner

defrag komputer anda

baiki registry komputer, (saya guna Registry Booster 2010)

dan last sekali  saya cuba yang ni ..buat  profile baru untuk Firefox yang baru

Macam mana nak buat profile baru untuk Firefox:

1. Untuk windows 7 dan vista, mula mula exit dulu firefox, buka Start menu windows, di search tu taip firefox.exe -ProfileManager dan enter.

2. Untuk windows XP, Start menu, Run , di kotak run taip firefox.exe -ProfileManager dan klik ok

Akan keluar kotak mcm imej bawah, sekarang boleh mula create profile baru untuk firefox anda.

Tekan create profile dan letak nama profile tu dan pilih folder mana yang nak disimpan profile tadi.

Folder yang lama  tadi boleh disimpan untuk backup, semua bookmark dalam tu boleh simpan untuk diguna di lain masa. Buat profile baru ni memudahkan kita guna browser secara berasingan kalau kita share komputer dengan orang lain. Mungkin untuk kegunaan pejabat dan kegunaan peribadi, kita boleh asingkan profile firefox tu.

Nak check profile Firefox tadi atau nak Backup profile Firefox

Untuk Win 7 dan Vista kat Start menu taip %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\ dalam kotak search tu.

Untuk win xp taip %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\ kat Run

Bila dah jumpa folder tadi, right click kat folder tu dan Copy. Boleh simpan kat usb atau kat tempat yg selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Atasi Masalah Firefox Lambat Loading”

  1. daus says:

    Nice sharing..heee

  2. nabilah_2908 says:

    terima kasih yer…Mr FOx mmg lembab…nnti sy cuba buat… ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NATURE CALLS

  3. syamila says:

    wah..bagus ni..kak sya pun suka guna firefox…

  4. yas says:

    Info yg baik nih…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold