Video Kemalangan Bas Simpang Pulai, Cameron Highlands 2010

Kini jumlah mayat ialah 28 orang kesemuanya  pelancong dari Thailand yang terlibat dalam kemalangan ngeri di KM15 Jalan Cameron Highlands Simpang Pulai kira kira jam 11.40 pg tadi. Seramai 22 penumpang maut di tempat kejadian, 4 lagi mati di dalam perjalanan, 2 lagi mati di hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Anggota keselamatan dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit, dan kelihatan cebisan mayat bertaburan di jalan. Pemandu bas adalah rakyat tempatan memandu bas dua tingkat yang membawa 37 pelancong dari Thailand tu gagal mengawal bas dan melanggar pembahagi jalan.

Info berkaitan:
Pemandu bas baru 3 bulan kendali bas
Bas ada 3 saman
2 orang dalam senarai yang maut didapati masih hidup
Sekumpulan gagak yang mengikut bas, menjadi bualan penduduk

Ni pulak berita dari Bernama

Kementerian Pelancongan telah memulakan siasatan ke atas syarikat SK Murni Tours & Travel Sdn Bhd termasuk mengemukakan surat tunjuk sebab bagi mendapatkan penjelasan tentang kemalangan jalan raya berhampiran Kampung Kawai, Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi Isnin.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan dalam satu kenyataan berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999.

“Tindakan penggantungan lesen atau pembatalan lesen bas persiaran akanditentukan selepas mengambil kira hasil siasatan yang dijalankan oleh semua agensi kerajaan yang terlibat dalam menyiasat kemalangan itu.

“Bas persiaran bernombor pendaftaran AFX 2266 milik syarikat SK Murni Tours & Travel telah didaftarkan sebagai kenderaan pelancongan pada 30 November 2009 dan tempoh sah lesen bas persiaran adalah sehingga 30 November 2012,” menurutkenyataan itu.

Sementara itu, kementerian melahirkan rasa simpati ke atas mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu dan keluarga mereka.

Polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 24 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan itu- BERNAMA

Lihat video kemlangan bas Simpang Pulai – Cameron Highlands dari Harian Metro ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Video Kemalangan Bas Simpang Pulai, Cameron Highlands 2010”

  1. DeQdEq says:

    memang mengerikan…DeQdEq pun tulis juga pasal ni td…

  2. Solihin Zubir says:

    aduhh… ada lagi kes bas eksiden? adeyhh..
    Al-FATIHAH…

  3. susahhati says:

    nak salahkan jalan? nak salahkan bas? nak salahkan pemandu? Yg nyata kemalangan ini melibatkan jalan di Malaysia; pemandu Malaysia dan bas Malaysia!

  4. abraham says:

    pasni krg lh pelancong asing dtg melancong ke malaysia..yeyeaahh

  5. ayie says:

    takziah dan simpati buat keluarga mangsa….

  6. fauzy says:

    Ngeri memang ngeri tp kenapa bila ada kemalangan baru di siasat bas ada 3 saman????? Salah siapa…….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold