Tingkatkan Trafik Blog dengan You Tube dan Facebook

Hari ni saya nak cerita tip tip tingkatkan  trafik blog dengan You Tube dan Facebook. Cewah!!  nak bagi tip..haha!! blog saya bukan banyak mana pun trafik, cukup cukup makan ja pun, tapi saja saya nak share sikit. Tip ni adalah salah satu antara banyak banyakkk lagi tip nak tingkatkan trafik. Ada orang tanya saya jugak macam mana nak guna SEO? saya tak pandai nak ulas pasal SEO, saya jarang bagi tip sebab takut tersalah ulas pasal SEO, tapi mungkin nanti saya akan cerita pasal WordPress dan kelebihan plug in SEO pulak. Lagi pun saya masih baru dengan WordPress dan ada jugak benda yang buat saya teruja tentang plug in SEO pack dalam WordPress tu.

Dalam berblog ni trafik memang tak asing lagi, bila kita menulis, kita nak orang baca, bila kita nak orang datang baca, kita perlukan trafik, nak trafik kita perlu tau cara tarik trafik.

you tube

Semua tau You tube ialah website tempat berkongsi video video, orang boleh tengok video, upload atau pun muaturun video kesukaan dgn mudah sekali, dan facebook web jaringan sosial yang popular, even budak darjah 3 pun dah pandai nak guna facebook.

Macam mana nak guna you tube untuk tarik trafik ke blog? tempat video, jadi kita buat le video, bukan buat video pasal blog kita, buat yang berkaitan dgn entri kita, contoh saya bagi, semasa perkahwinan angkasawan negara yg penuh gilang gemilang, ramai orang cari video persandingan dan apa saja video pasal Sheikh Muzafar, time tu saya mendapat agak banyak jugak trafik dari you tube sebab saya buat pasal gambar persandingan Sheikh Muzafar.  Caranya mudah je, kita cuma perlu windows movie maker. Tak perlu buat video yang canggih sangat pun, lepas tu masukkan lagu sikit, pastu letak le watermark, promot blog kita sikit kat dalam video tu.

Bahagian description video tu pulak letak le link entri ke blog kita yang berkaitan dengan perkahwinan angkasawan. Tu contoh saya bagi. Mungkin orang yang view tu akan tertarik nak baca apa dalam description tu dan akan datang ke blog kita.

Dengan Facebook pulak, sekarang kat blog, kita boleh masukkan butang share, sekejap je kita dah boleh share entri post kita ke facebook. Orang yang datang baca pun, kalau dia tertarik nak dengan entri kita tu, dia mungkin akan share dengan kawan kawan dia kat facebook, then kawan dia pulak datang baca kat blog kita, dan macam tu le seterusnya, mudah je kan nak dapat trafik.

Ok setakat tu dulu tip nak tingkatkan trafik dengan You Tube dan Facebook, selamat berblog semua. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Tingkatkan Trafik Blog dengan You Tube dan Facebook”

  1. Infoterbang says:

    thanksss ~ :)

  2. Cikqiqi says:

    very2 good nye sharing…akn qiqi amik untuk tingkatkn lg trafik=)

  3. Anonymous says:

    owh mcm tue ke?
    leh la try pas nih…
    trima kasih

  4. [...] tadi saya duk gebang gedebuk gedebak cara nak tingkat trafik dengan butang share facebook , tetiba dia merajuk plak dah..hahah!! apa jadi [...]

  5. [...] Tingkatkan trafik dengan Facebook dan You tube [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold