Tarikh Tutup Diskaun Saman 50 Peratus

Orang ramai sekarang asyik serbu balai polis je sekarang sebab takut tak sempat bayar saman, bila tarikh tutup diskaun bayar saman 50 %/ tu? Sabar sabar jangan gabra jangan panik. Dalam berita di Utusan pagi ni, PDRM menjelaskan orang ramai  yang memiliki saman sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati kadar munasabah dengan insentif 50 peratus diskaun tanpa had masa.

Sekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.

Bagi saman diperoleh mulai 1 Disember pula, pesalah trafik boleh mendapatkan insentif itu sekiranya menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 30 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Pesalah trafik akan memperolehi insentif 50 peratus diskaun sekiranya membayar saman dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Insentif 30 peratus diskaun pula akan diberikan kepada mereka jika menyelesaikan saman selepas 15 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Bagaimanapun selepas tarikh itu, pesalah trafik akan diminta membayar saman pada tawaran sebenar selama sebulan dan jika masih gagal, nama mereka akan disenaraihitamkan.

Lagi berita :

“Orang ramai tidak perlu bergegas menyelesaikan saman mereka kerana hanya bagi kesalahan baru sahaja yang dikenakan tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kaunter saman atau melanjutkan tempoh masa pembayaran di ibu negara.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nor ketika dihubungi hari ini menjelaskan, tidak timbul kerumitan untuk membayar saman kerana orang ramai ada pelbagai cara untuk membayar saman.

“Selain kaunter balai polis trafik, pesalah trafik juga boleh menyelesaikan saman di kaunter-kaunter yang disediakan di pejabat pos.

“Sebanyak 63 buah pejabat pos menyediakan kaunter bayaran saman di seluruh Kuala Lumpur.

“Mereka juga boleh membayar saman secara dalam talian melalui laman web www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my,” ujarnya.

Beliau berkata, memandangkan ramai pesalah trafik ingin membayar saman, pihaknya telah membuka kaunter pembayaran pada Sabtu.

“Malah kami turut lanjutkan masa kaunter dibuka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang berbeza dengan sebelum ini yang dibuka sehingga 12 tengah hari,”

Boleh cek saman online di http://www.myeg.com.my/

atau  http://www.rilek.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Tarikh Tutup Diskaun Saman 50 Peratus”

  1. Eddyuptown says:

    saye nk tau last byr saman yg btl2 bile??

  2. Tamu says:

    Boleh tanya mana online online boleh cek senaraihitam?

  3. Hanim says:

    Nak tanyer nie….
    lau saman bln 1 nie msih dpt ker 50%??

  4. ali says:

    apa maksud blacklist ni…….

  5. cikoi says:

    aik,dari ape yg dibaca tadi,

    Sekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.

    biar btl?lepas dari dateline 28 feb nie,saman still jadi 50% kalau nak bayar lepas dari tarikh tu?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold