Siti Maryam Mahmod Pelajar 14 tahun Kahwin Muda

GAMBAR SITI MARYAM MAHMOD DAN ABDUL MANAN OTHMAN

Perkahwinan  antara Siti Maryam Mahmood pada usia muda, 14 tahun dengan seorang guru Abdul Manan yang berusia 23 tahun telah mencetus  perdebatan sengit.

Perkahwinan bawah umur walaupun dibenarkan untuk orang Islam dengan kebenaran dari Mahkamah Syariah dan persetujuan ibu bapa, tapi fenomena ni masih lagi menjadi janggal dan pelik di Malaysia. Pada zaman moden sekarang jarang kita dengar pelajar sekolah atau umur masih belasan tahun berkahwin, kalau zaman jepun dulu memang le biasa, sebab nenek saya pun kahwin pada usia 14 tahun, tapi zaman jepun dulu le.

Sebuah akhbar tempatan telah melaporkan pada hari Ahad minggu lalu, Siti Maryam Mahmod berkahwin dengan Abdul Manan Othman, kenalan kepada keluarga Siti Maryam. Dengan berita tu, banyak perdebatan dan kritikan dari banyak pihak. Antaranya kritikan dari Menteri  Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berpendapat pelajar remaja yang masih belasan tahun tu dihalang hak hak sebagai kanak-kanak untuk menjalani hidup riang macam rakan sebaya.

Datuk Sharizat Jalil berkata, keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.

Manakala Datuk Jamil Khir pulak berpendapat, perkahwinan bagi gadis di bawah umur 16 tahun masih boleh diteruskan jika mendapat persetujuan dari Mahkamah Syariah.

Gambar bawah , Siti Maryam anatara 250 pengantin yang meraikan hari bahagia mereka di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Siti Maryam Mahmod Pelajar 14 tahun antara 250 pengantin yang meraikan hari bahagia di Kuala Lumpur Ahad lalu

Apa kata Siti Hawa, ibu kepada Siti Maryam

Bagi ibu kepada Siti Maryam, iaitu Siti Hawa, 40 tahun, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.

Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.

“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional.

Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.

Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada tuhan.

Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.

Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.

“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.

“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.

Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.

“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.

Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.

“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.

“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya.

sumber Mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Siti Maryam Mahmod Pelajar 14 tahun Kahwin Muda”

  1. Amy Zana says:

    erm…quite teruk i tink

  2. Akubiomed says:

    Apa masalahnya dulu-dulu pun kahwin pada usia mud. Suami Siti Maryam pun berpendidikan agama dan syarat dikenakan pada Siti Maryam mesti menamatkan persekolahan walaupun sudah bersuami. Cuma orang tak tahu hujung pangkal suka membuat tuduhan melulu kerana banyakkan kebaikan dengan berkahwin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold