Sinopsis Sakti Delima Slot Lagenda TV3

Drama lagenda tv3 yang baru Sakti Delima akan ditayangkan pada 3hb Januri 2011, drama bersiri lakonan Sheila Rusly dan ada beberapa pelakon lagi dalam drama Sakti Delima ni, seperti Bienda Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, dan Liza Hanim semuanya bertudung. Lama tak tengok Liza Hanim sejak dia bertudung sekarang. Shiela Rusly buat lain dari yang lain le sebab ada 6 orang wanita bertudung dalam cerita ni.

Slot Lagenda Sakti Delima

Para pelakon dalam Sakti Delima

Dalam drama tu, Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya’cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari). Manakala pelakon lelaki terdiri daripada Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).

Di antara keenam- enam watak wanita ada watak jahat dan ada watak baik. Cuba teka siapa yang jadi watak jahat. Adakah Shiela Rusly lagi, macam cerita Cucu Betong tu..tungguuu!!
Drama Sakti Delima ni bergenre epik, sebanyak  20 episod dan diadaptasi dari filem Panca Delima, mesti korang penah tengok kan drama Panca Delima dulu.

Sinopsis Sakti Delima akan diupdate.

Kalau ikut cerita dalam filem
Di pinggir desa tinggal seorang pemotong kayu bersama tiga orang anak perempuan yang bernama Anggerik, Tanjung dan Teratai. Anak bongsunya, Teratai, memiliki seutas rantai hikmat ‘panca delima’. Suria Kencana pula ialah seorang putera raja yang telah disumpah oleh ibu tirinya yang tamakkan kuasa. Suria Kencana hidup dalam sumpahan dengan bertukar menjadi ular pada siang hari, dan kembali menjadi manusia pada malam hari. Cuma rantai hikmat ‘panca delima’ dapat melawan sumpahan tersebut.

Sinopsis Sakti Delima versi Sheila Rusly

Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Iqram Dinzly  jadi Putera Bunian bernama Nurfirdaus yang ada kuasa sakti. Dia disumpah dan dibuang ke bumi, lalu dia bertemu dengan seorang gadis jelita, iaitu Siti Melur , manusia biasa lalu jatuh cinta..

Sama sama kita nantikan Sakti Delima di slot lagenda tv3

DOWNLOAD Drama sakti Delima, cara cara nak dowload, sila register dulu kat tonton.com.my, lepas tu boleh download dengan cara baca tutorial ni..slmt mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sinopsis Sakti Delima Slot Lagenda TV3”

  1. angahsayang2314 says:

    best gak yer citanyeeeeeeeer

  2. peminat fanatik tv3 says:

    saya suka sangat cerita ni sebab hero dia memang kacakkkkkkkkkkkkkkkk

  3. suhakimas says:

    Iqram Dinzly memang nampak kacak dalam cerita ni

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold